Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.

New Service Connection

Peta Proses Baru Permohonan Bekalan Elektrik Baru

PROSES MEMOHON BEKALAN ELEKTRIK

Pemohon dikehendaki untuk datang sendiri ke pejabat SESB terdekat untuk mendapatkan maklumat secara langsung daripada SESB.

Langkah 1 : Permohonan oleh pemohon

  1. Permohonan secara individu :-
    Pemohon datang ke Pejabat SESB terdekat untuk mengemukakan permohonan baru yang telah dilengkapkan.
     
  2. Permohonan pemohon melalui kontraktor :
    1. Pemohon / Kontraktor yang dilantik perlu mendapatkan Surat Kebenaran yang dikeluarkan daripada Pejabat SESB. Pemohon perlu melengkapkan Surat Kebenaran melantik kontraktor.
    2. Seterusnya Kontraktor yang dilantik akan mengemukakan Surat Kebenaran yang telah dilengkapi berserta salinan kad pengenalan kepada pejabat SESB berdekatan.
       

Pemohon datang ke pejabat SESB terdekat untuk memilih kontraktor pendawaian elektrik dalam senarai yang berdaftar dengan SESB.

Langkah 2 : Pemohon melantik kontraktor

  1. Pemohon melantik kontraktor yang Berdaftar dengan Persatuan Elektrik Sabah (PES) :
    1. Sekiranya pemohon memilih kontraktor yang Berdaftar dengan PES Anggaran kos pendawaian yang dikemukan oleh SESB adalah mengikut kos yang dikemukan oleh PES.
    2. Pemohon seterusnya diberikan nombor perhubungan kontraktor yang dilantik untuk berurusan dengan kontraktor.
    3. Anggaran kos pendawaian untuk kontraktor pendawaian untuk kontraktor yang berdaftar dengan PES merupakan Anggaran awal sahaja. Kos sebenar akan dikemukan oleh kontraktor yang dilantik.
  2. Pemohon melantik kontraktor yang Tidak Berdaftar dengan Persatuan Elektrik Sabah (PES) :-
    1. Sekiranya pemohon memilih kontraktor yang Tidak Berdaftar dengan PES, adalah menjadi tanggungjawab pemohon sendiri untuk membincangkan harga kos pendawaian dengan kontraktor yang dilantik.

Langkah 3 : Pemohon memajukan permohonan kepada SESB

  1. Pemohon perlu datang sendiri memajukan permohonan tersebut kepada pejabat SESB berdekatan setelah maklumat dan butiran peribadi telah dilengkapi.
  2. Bagi pemohon yang melantik kontraktor untuk mewakili pemohon proses adalah seperti dalam Langkah 1(b).
  3. Pemohon akan didedahkan mengenai Piagam Pelanggan SESB oleh kerani yang memproses terutama yang berkaitan dengan tempoh memproses permohonan sehingga bekalan diberi.

Langkah 4 : SESB buat anggaran dan keluarkan Nota Debit

  1. Unit Penganggar SESB akan membuat anggaran Caj Sambungan dan mengeluarkan Nota Debit bagi permohonan yang telah lengkap. (Jika ada)
  2. Unit Penganggar SESB akan menyemak maklumat permohonan untuk mengenalpasti permohonan bekalan elektrik MEMERLUKAN TIANG atau TIDAK MEMERLUKAN TIANG.
  3. Bagi permohonan yang memerluhkan tiang, proses seterusnya adalah seperti Langkah 5(a). Bagi permohonan yang tidak memerluhkan tiang perlu diteruskan dengan Langkah 5(b).

Langkah 5 :

  1. Bagi Permohonan Memerlukan Tiang
    1. Pemohon perlu membayar Bil Caj Sambungan selepas anggaran Caj Sambungan telah diluluskan.
    2. Selepas pemohon membayar Bil Caj Sambungan proses akan diteruskan dengan Langkah 6(a).
  2. Bagi Permohonan Tanpa Tiang
    1. Pemohon perlu membayar Bil Caj Sambungan dan Bil Deposit yang dikeluarkan selepas anggaran Caj Sambungan telah diluluskan.
    2. Selepas pemohon membayar kedua-dua Bil, pemohon akan menandatangani Kontrak Bekalan.
    3. Selepas pemohon telah menandatangani kontrak bekalan proses akan diteruskan dengan Langkah 6(b).

Langkah 6 :

  1. Bagi Permohonan Memerlukan Tiang
    1. Talian serbis akan dipasang selepas Bil Caj Sambungan telah dibayar oleh pemohon sebelum diteruskan dengan Langkah 7.
  2. Bagi Permohonan Tanpa Tiang
    1. Talian serbis dan Jangka akan dipasang pada masa yang sama setelah pemohon telah membayar Bil Caj Sambungan dan Bil Deposit serta menandantangani Kontrak Bekalan.
    2. Seterusnya bekalan akan diberikan kepada pemohon.

Langkah 7 : Pemohon bayar deposit dan tandatangan Kontrak Bekalan

  1. Bagi permohonan yang memerlukan tiang, pemohon perlu membayar Bil Deposit selepas talian serbis dipasang dan menandatangani Kontrak Bekalan.

Langkah 8 : Meter dipasang dan Bekalan Elektrik diberi kepada pemohon

  1. Jangka akan dipasang dan bekalan elektrik akan diberikan kepada pemohon selepas pemohon telah membayar Bil Deposit dan telah menandatangani Kontrak Bekalan.