GOOD MORNING!
Welcome to SESB online.
Today is Saturday, July 31, 2010. Current Time:


You are visitor No.
926706
Since 25th July 2007


SESB Special Letter for Customer
How to use SMS...
Facilities for Rent
For SESB Staff Only
Clean Coal Technology
 


For more information, please do not hesitate to contact us:

SABAH ELECTRICITY SDN. BHD.
Wisma SESB, Jalan Tunku Abdul Rahman, 88673 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel: 282500
Fax: 088-282314
E-mail: webmaster@sesb.com.my


 

  1. Application forms can be obtained from the nearest SESB office.
  2. The applicant is required to submit the application form together with the document required by SESB
  3. Upon approving the application SESB will conduct a site survey for the purpose of making an estimate.
  4. The applicant through his electrical contractor may proceed with the internal wiring of his/her premises.
  5. A bill bearing the amount of the 'Customer contribution' will be sent to the applicant for settlement.
  6. Upon settlement, SESB will proceed with the installation works ( Pole erection, Line stringing, Meter installation etc).
  7. Upon confirmation by the applicant's electrical contractor that the internal wiring has been completed and tested satisfactorily (as per requirement of Jabatan Bekalan Eletrik dan Gas Malaysia) the supply will be connected to his/her premises.
Note: All electrical contractor should be registered with Jabatan Bekalan Eletrik & Gas Malaysia.

Form and document to be submited by the contractor are:

  • Yellow Card
  • JBE form G/H
  • SESB Agreement Form
  • Photocopies of Identity Card, Trading License and Form 49 & 24 ( For Business )
  • Photocopies of Land title or Sales and Purchase Agreement, or Rental/Lease Agreement
  • Location plan and wiring plan ( New premises )
  • For application of more than 50 KVA, the applicant should submit development plan from local council through their consultant for SESB's approval and comment.
  • Test result
  • Wiring completion certificate.

PROSIDUR BAGI PERMOHONAN BEKALAN ELEKTRIK LUAR BANDAR (BELB)

  1. Permohonan boleh dibuat melalui orang perseorangan atau JKKK kepada pejabat Kawasan SESB / Ibupejabat SESB/ Pejabat Daerah.
  2. Bagi permohonan yang dimajukan kepada SESB, penyiasatan dan anggaran akan dibuat oleh SESB dan kemudiannya dihantar kepada JPPS.
  3. JPPS akan mengemukan permohonan kepada KPLB Sabah.
  4. Seterusnya, KPLB Sabah akan memajukan permohonan kepada KKLW Malaysia untuk kelulusan.

    • JPPS - Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah
    • KPLB - Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah
    • KKLW - Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah Malaysia
    • JKKK - Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung
Pembekalan elektrik luar bandar adalah tidak terhad kepada penyambungan dari talian grid sahaja, sistem alternatif seperti Solar Photovoltaic dan Set Generator Diesel juga dilaksanakan. Namun begitu, segala cadangan dan kelulusan adalah berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh KPLB (kini dikenali sebagai KKLW Malaysia).

Garis Panduan Perlaksanaan Program BELB

  1. Sambungan Melalui Talian Grid

    Skop Program

    1. Pembinaan insfrastruktur ke had maksima talian penghantaran voltan 33kV.
    2. Pembinaan stesen pencawang dan stesen janaelektrik diesel luar bandar.
    3. Penyambungan talian bekalan voltan rendah ke kampung-kampung dan rumah.
    4. Peningkatan sistem dan kualiti bekalan dari 12 jam kepada 24 jam.
    5. Pendawaian elektrik dalam rumah adalah di luar skop.

    Kriteria Pemilihan

    1. Keutamaan diberi kepada kampung-kampung yang mempunyai bilangan rumah yang banyak, terdapat rumah baru serta mempunyai kemudahan awam seperti sekolah dan klinik.
    2. Kos purata sebuah rumah hendaklah tidak melebihi RM15,000.00. Jika kos purata melebihi had ini, pertimbangan secara berasingan akan dibuat berdasarkan bilangan penduduk, keperluan kemudahan awam dan prospek pembangunan masa hadapan.
    3. Bagi penempatan baru, sekurang-kurangnya 30% daripada bilangan lot telah didirikan rumah dan didiami.
    4. Bagi kawasan perumahan yang dimajukan oleh pihak swasta atau agensi-agensi kerajaan adalah tidak termasuk dalam kriteria ini.

  2. Sistem Alternatif - Solar Photovoltaic (PV)

    Skop Program
    Skop program ini adalah meliputi bekalan ke rumah-rumah kediaman, dewan serbaguna, bilik darjah, pondok polis, klinik, rumah ibadat dan lampu jalan.

    Kriteria Pemilihan

    1. Terletak di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai kemudahan jalanraya.
    2. Tidak pernah menerima bekalan elektrik.
    3. Tidak ada sumber air yang sesuai dengan sistem hidro.
    4. Tidak mungkin mendapat bekalan elektrik menggunakan talian grid dalam tempoh terdekat (sekurang-kurangnya 5 tahun).
    5. Kampung yang terdapat sekolah adalah diberi keutamaan.
    6. Mendapat persetujuan dari penduk setempat.

  3. Sistem Alternatif – Set Generator Diesel

    Skop Program

    1. Semua komponen seperti pembekalan set generator diesel dan pendawaian termasuk pendawaian dalam rumah adalah di dalam skop program ini.
    2. Kos-kos lain untuk operasi dan penyenggaraan adalah ditanggung oleh penduduk kampung yang terlibat.

    Kriteria Pemilihan

    1. Kampung berkenaan mempunyai jalan perhubungan darat atau sungai untuk membawa diesel.
    2. Jarak kampung dari talian grid hendaklah tidak kurang daripada 10 kilometer.
    3. Tidak mungkin mendapat bekalan elektrik menggunakan talian grid dalam tempoh terdekat (sekurang-kurangnya 5 tahun).
    4. Penjanaan tersebut hendaklah mematuhi Akta Pembekalan Elektrik, Jabatan Bekalan Elektrik. Jika memerlukan pengecualian khususnya bagi keperluan memenuhi syarat-syarat perlesenan dan keselamatan, JPPS perlu menguruskannya.
    5. Keperluan tenaga/beban diperlukan hendaklah diantara 500 watt sejam ke 1000 watt seja bagi sebuah rumah (bekalan diantara 6 jam hingga 12 jam) bagi menampung penggunaan peralatan seperti radio, televisyen, lampu, kipas dan peralatan ringan yang kuasa watt masih di bawah had watt yang dibenarkan. Alat-alat seperti seterika, peti sejuk, mesin basuh, periuk nasi elektrik dan alatan elektrik berat yang melebihi 1000 watt sama sekali tidak dibenarkan.
    6. Jika bekalan elektrik disambung melalui sistem grid, kos puratanya adalah tidak melebihi RM15,000.00 bagi sebuah rumah.

 


Home | About Us | General Info | Customer Services | Newsroom
Powerline
| Billing & Payment | Shutdown Notices | Tender Notice
Safety Campaign | FAQs | External Links
Copyright © 2010 Sabah Electricity Sdn. Bhd. Powered by ISD