GOOD AFTERNOON!
Welcome to SESB online.
Today is Thursday, September 09, 2010.
Current Time:

8/09/2010
Affected Area: Ranau
2/09/2010
Affected Area: Sandakan
3/09/2010
Affected Area: Tuaran
|
 |
 |
|
SESB ANJUR HARI VENDOR
Posted on - 26/02/2008
Sabah Electricity Sdn. Bhd. telah menganjurkan Hari Vendor pada 26 Februari 2008. Program ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara SESB dan para pembekal serta kontraktor kerjanya yang merupakan vendor SESB. SESB dan para vendor ini merupakan rakan kongsi yang perlu membentuk satu jaringan kukuh untuk memantapkan sistem pembekalan elektrik di negeri ini. Kerjasama serta persefahaman yang erat adalah penting untuk memastikan kualiti barangan serta kualiti kerja yang dihasilkan memuaskan hati pelanggan serta masyarakat. Sempena Hari Vendor ini SESB telah menganjurkan seminar khusus untuk para vendor bagi memberikan mereka pendidikan serta berkongsi maklumat mengenai tatacara perolehan, kontrak kerja serta tatacara kewangan SESB. Di samping itu juga SESB telah menjemput penceramah daripada Antah Insurance dan Bank Simpanan Nasional untuk berkongsi maklumat mengenai produk dan perkhidmatan mereka. Satu pameran juga telah dianjurkan dan disertai oleh para vendor untuk mereka memperkenalkan produk mereka. Dengan adanya program seperti ini kedua-dua belah pihak akan dapat mengwujudkan satu sinergi untuk memainkan peranan masing-masing dengan lebih berkesan.
|
|
|
|
|
 |
|
|
|