GOOD AFTERNOON!
Welcome to SESB online.
Today is Thursday, September 09, 2010. Current Time:

WEBMAIL

8/09/2010
Affected Area: Ranau

2/09/2010
Affected Area: Sandakan

3/09/2010
Affected Area: Tuaran

 

SESB LAKSANA PROJEK PEMBANGUNAN PRASARANA ELEKTRIK
Posted on - 23/01/2008

SESB sedang giat melaksanakan projek-projek pembangunan bekalan elektrik untuk mempertingkatkan keboleharapan bekalan elektrik di negeri ini. Pembangunan ekonomi dan industri yang pesat di negeri ini memerlukan bekalan elektrik yang cukup dan stabil terutama sekali di kawasan koridor pembangunan Sabah yang meliputi kawasan Barat, Timur dan Pedalaman. Pada ketika ini SESB boleh menyalurkan tenaga elektrik dari Pantai Barat ke Pantai Timur melalui talian penghantaran 275/132kV sambungtara Timur- Barat yang telah siap pada bulan Julai 2007. Sistem grid Sabah ini telah dapat menampung permintaan beban yang kian meningkat di Pantai Timur terutama sekali di kawasan POIC.

Projek-projek pembangunan penghantaran yang sedang giat dilaksanakan ialah Pembinaan KK Outer Ring ( jaringan 132kV dan 66 kV ) untuk mempertingkatkan sistem bekalan di kawasan Kota Kinabalu dan sekitarnya, Sandakan Outer Ring Network serta pembinaan Pencawang masuk utama 132/33kV di Kota Kinabalu Utara, Kepayan, Minintod, Alam Mesra,Unggun, dan POIC Lahad Datu. Manakala projek-projek pembinaan Pencawang Pembahagian Utama 33/11KV untuk memperkukuhkan sistem pembahagian ialah di kawasan Star City, Lapangan Terbang Kota Kinabalu, Naval Base, Kinabatangan, Nabawan dan Kinarut/Simpudu. Projek-projek ini dijangka siap pada tahun 2008/2009. SESB juga telah merangka program penjanaan jangka panjang sehingga tahun 2015 berasaskan kepada pertumbuhan permintaan elektrik sebanyak 9.3% setahun.

Bagi Bekalan Elektrik Luar Bandar, SESB telah mensasarkan 90% kawasan Negeri Sabah mendapat bekalan elektrik menjelang tahun 2010. SESB memberikan kerjasama kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar dalam pelaksanaan projek bekalan elektrik luar bandar. Pada ketika ini projek bekalan elektrik sedang dilaksanakan di daerah Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Marudu, Pitas, Kudat, Tambunan dan Keningau yang meliputi 106 buah kampung. Sementara itu bagi kawasan yang terpencil, SESB sedang melaksanakan projek Solar Hibrid iaitu di Pulau Banggi Kudat, Kg. Sinulihan Tuaran, Pulau Labukan Sandakan, Kg. Ulu Mansuk Tengah Tambunan, Kg. Meligan Sipitang dan Kg. Pegalungan Nabawan. Sebagai sebuah utiliti pembekalan elektrik di negeri ini, SESB adalah komitted untuk menyediakan prasarana bekalan elektrik yang cukup dan berdayaharap di Negeri ini dan Wilayah Persekutuan Labuan bagi menyokong Pembangunan Koridor Sabah.

 


Home | About Us | General Info | Customer Services | Newsroom
Powerline
| Billing & Payment | Shutdown Notices | Tender Notice
Safety Campaign | FAQs | External Links
Copyright © 2010 Sabah Electricity Sdn. Bhd. Powered by ISD