USAHA SESB KUKUHKAN BEKALAN ELEKTRIK BERKESAN
Posted on - 08/05/2008
SESB bersama-sama dengan rakyat Sabah sememangnya berkongsi cita-cita untuk mendapatkan bekalan elektrik yang lebih berdayaharap.
Namun demikian, SESB telah menghadapi pelbagai cabaran sepanjang tahun dalam perkhidmatannya. Masalah-masalah ini adalah disebabkan oleh kebanyakan peralatan yang sedia ada telah lanjut usia melebihi 40 tahun, sistem yang lemah kerana kekurangan modal pelaburan dan juga diwarisi daripada zaman Lembaga Letrik Sabah lagi.
Pelbagai usaha pengukuhan bekalan elektrik telah dilakukan sepanjang beberapa tahun ini dan hasilnya dapat dilihat daripada pencapaian kemajuan purata tempoh masa pengguna mengalami gangguan bekalan atau System Average Interruption Duration Index (SAIDI) telah menurun.
Kemajuan prestasi sistem setakat bulan April 2008 berbanding dengan FY04/05 ialah 53%. SESB mengiktiraf lebih banyak langkah perlu dibuat untuk menghasilkan tahap bekalan yang sedia ada kepada satu tahap yang boleh dibanggakan.
SESB akan bekerja keras untuk mencapai usaha ini dengan sokongan dan kerjasama daripada semua pihak.
SESB akan terus bekerjasama padu dengan semua pemegang amanah (Kerajaan Negeri, pemimpin masyarakat dan golongan berkepentingan) bagi mengatasi masalah / cabaran dengan cara penyelesaian yang boleh diterimapakai serta memastikan sistem pembekalan elektrik di negeri ini dapat diperkukuhkan.
|