LALUAN TRAFIK KE WISMA SESB LANCAR
Posted on - 21/05/2008
Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) telah melaksanakan kerja-kerja menaiktaraf di perkarangan Wisma SESB bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada para pelanggan serta pihak awam yang berurusan di Wisma SESB dan dijangka siap sepenuhnya tidak lama lagi. Sehubungan dengan itu juga SESB telah mengubah arah laluan trafik berkuatkuasa pada 19 Mei 2008 untuk tujuan ini.
Selepas perubahan laluan trafik ini didapati perjalanan trafik di kawasan Wisma SESB dan Kompleks Karamunsing adalah lebih lancar serta kesesakan lalulintas telah dapat diatasi terutama sekali pada waktu puncak.
Dengan siapnya projek perkarangan Wisma SESB yang baru ini nanti, SESB dapat menyediakan tempat-tempat letak kereta yang mencukupi kepada anggota kerjanya dan juga para pelanggan SESB
|