GOOD MORNING!
Welcome to SESB online.
Today is Tuesday, September 07, 2010. Current Time:

WEBMAIL

8/09/2010
Affected Area: Ranau

2/09/2010
Affected Area: Sandakan

3/09/2010
Affected Area: Tuaran

 

SESB MENANG ANUGERAH MENTERI SUMBER MANUSIA 2008
Posted on - 22/10/2008

Kota Kinabalu - SESB telah berjaya memenangi Anugerah Menteri Sumber Manusia 2008 (Human Resources Minister Award 2008) bagi kategori Majikan Besar Sektor Perkhidmatan (Big Employer Services). SESB merupakan syarikat Sabah yang pertama dan julung kalinya memenangi anugerah peringkat kebangsaan seumpama ini sempena persidangan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) yang bertemakan “Re-Engineering Of Human Capital To Achieve Competitive Advantages” bertempat di Genting International Convention Centre, Genting Highlands. Anugerah ini diberi berdasarkan kepada penilaian Kementerian Sumber Manusia ke atas aktiviti-aktiviti dan inisiatif pembangunan sumber manusia yang telah dijalankan di SESB sepanjang tahun 2008.

Pengarah Urusan SESB, Ir. Baharin Bin Din dan Pengurus Besar Sumber Manusia Encik Osman Hassan telah menerima anugerah tersebut yang disampaikan sendiri oleh Yang Berhormat Datuk Dr. S. Subramaniam, Menteri Sumber Manusia Malaysia pada 21 Oktober 2008 lalu.

 


Home | About Us | General Info | Customer Services | Newsroom
Powerline
| Billing & Payment | Shutdown Notices | Tender Notice
Safety Campaign | FAQs | External Links
Copyright © 2010 Sabah Electricity Sdn. Bhd. Powered by ISD