TARIF NEGERI SABAH TERENDAH DI MALAYSIA
Posted on - 03/02/2009
Kota Kinabalu - Tarif elektrik di Negeri Sabah telah tidak berubah sejak 22 tahun yang lalu ( Last revision 1986 ).Jika di bandingkan secara purata tariff SESB ialah 25 sen/kWh, tarif SESCO (Sarawak) 29 sen/kWh dan tarif TNB ( Sem.Malaysia ) 32.5 sen /kWh.
Ini menunjukkan bahawa tarif negeri Sabah merupakan tarif terendah di Malaysia. Graf perbandingan tariff dengan wilayah lain adalah seperti yang dilampirkan.
Jika dibandingkan dengan kos pembekalan elektrik pada ketika ini tariff tersebut adalah lebih rendah daripada kos pembekalan elektrik iaitu sejumlah 48sen/kWh tanpa subsidi atau 35sen/kWh dengan subsidi minyak.Oleh yang demikian pada ketika ini kedudukan kewangan SESB sangat meruncing kerana terpaksa menguruskan kos pembekalan yang begitu tinggi.Dengan yang demikian kekurangan dana yang dialami oleh SESB memberi impak kepada program peningkatan sistem bekalan elektrik di negeri ini.
Mengenai isu deposit yang telah ditimbulkan, sebenarnya SESB perlu melaksanakan dasar yang telah disyaratkan dalam lesennya. Mengikut Akta Bekalan Elektrik 1990 di mana Pelanggan perlu membayar 2 bulan deposit berasaskan kepada penggunannya. Deposit/cagaran ini penting sebagai perlindungan sekiranya pelanggan mempunyai tungakan apabila menamatkan perkhidmatan elektrik ke premis mereka.
Perkara ini dikaji setiap 6 bulan dan jika penggunaan pelanggan berkurangan maka deposit ini akan dikurangkan dan begitu juga sebaliknya jika penggunaan bertambah maka deposit ini perlu ditambah. Para pelanggan boleh mengawal pembayaran deposit tambahan dengan mengawal pemakaian elektrik dipremis masing-masing. Untuk makluman, SESB membayar faedah terhadap cdeposit/cagaran pengguna dan pada tahun 2009 SESB telah membayar RM 6.7 juta dalam bentuk rebat.
SESB sememangnya sentiasa menjalankan operasi curi elektrik bersama-sama agensi yang lain. Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang terjalin selama ini. SESB sebenarnya tidak dibenarkan memberi bekalan kepada kawasan setinggan kerana terikat kepada polisi kerajaan negeri.
Walau bagaimanapun masalah ini tidak dapat dibenteras sepenuhnya selagi masih ada orang yang tidak bertanggungjawab melakukannya secara berterusan. Gejala mencuri elektrik ini bukan sahaja berlaku di kawasan-kawasan setinggan malah dipremis-premis domestik, komersial dan industri. SESB menyeru supaya semua pihak memberikan kerjasama serta menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam membenteras perbuatan ini.
Click the image to enlarge.
|