CATUAN BEKALAN ELEKTRIK DI SELURUH SABAH
Posted on - 16/03/2009
Kota Kinabalu - Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) terpaksa membuat catuan bekalan elektrik ke seluruh Sabah bermula jam 12.00 tengahari ini ekoran penutupan sepenuhnya operasi Stesen Janakuasa Tenom Pangi (66MW) akibat banjir besar.
Catuan bekalan elektrik ini hanya akan dibuat pada masa beban puncak (peak hours) dan akan berterusan sehinggalah keadaan di Stesen Janakuasa Hidro Pangi pulih seperti sediakala.
Segala kesulitan yang timbul akibat daripada catuan ini adalah amat dikesali.
|