SESB MASIH KUATKUASA CATUAN BEKALAN
Posted on - 25/03/2009
Kota Kinabalu Keadaan bekalan elektrik di negeri Sabah sejak beberapa minggu lalu tidak begitu baik kerana sehingga 25 Mac 2009 SESB masih kekurangan hampir 100MW dalam sistem .
Dalam keadaan biasa kapisiti janaan SESB adalah sejumlah 756 MW berbanding dengan permintaan pada beban puncak sejumlah 670MW. Dengan kehilangan sejumlah 100MW maka kapisiti janaan yang sedia ada ( available ) pada ketika ini adalah sejumlah 656 MW. Kekurangan kapisiti janaan ini adalah disebabkan oleh perkara-perkara seperti berikut :
1. Kekurangan 29MW dari stesenjanakuasa Hidro Tenom Pangi kerana 1 unit turbin sedang menjalani kerja-kerja pembaikan dan satu lagi mengalami kerosakan akibat banjir baru-baru ini. 2. Kurang 47MW dari Stesenjanakuasa IPP Teluk Salut kerana kerosakan enjin 3. Kurang 11MW dari Stesenjanakuasa IPP ARL kerana kerosakan 4. Kurang 8 MW dari Stesenjanakuasa IPP Sandakan Power Corporation kerana kerosakan 5. Kurang 5 MW dari Stesenjanakuasa SESB Patau-Patau kerana masalah penyaluran gas oleh PETRONAS
Atas sebab-sebab di atas, SESB terpaksa menguatkuasakan catuan bekalan pada waktu beban puncak kerana kapisiti janaan tidak dapat menampung permintaan tenaga elektrik yang semakin meningkat.Pada ketika ini sistem penjanaan elektrik di negeri ini adalah pada tahap yang paling kritikal.
Stesen janakuasa berkapisiti tinggi diperlukan bagi menampung permintaan elektrik yang semakin meningkat. Keadaan ini akan berterusan sehingga hujung minggu apabila permintaan mula menurun . Bekalan elektrik dijangka bertambah baik pada minggu hadapan apabila sebahagian daripada set-set janakuasa tersebut di atas dapat dipulihkan sepenuhnya dan juga tertakluk kepada tidak ada kerosakan mendadak diluar dugaan SESB dan IPP.
Berhubung dengan Earth Hour , SESB menyokong kempen ini sebagai sebahagian kempen penggunaan tenaga secara cekap yang dilaksanakan oleh SESB sejak tahun lalu.
Walau bagaimana pun, SESB telah menyediakan pelan kontingensi untuk memastikan sistem bekalan elektrik akan stabil apabila orang awam memati serta menghidupkan lampu secara serentak pada 28 Mac 2009 mulai jam 8.30mlm 9.30mlm.
|