GOOD AFTERNOON!
Welcome to SESB online.
Today is Thursday, September 09, 2010. Current Time:

WEBMAIL

8/09/2010
Affected Area: Ranau

2/09/2010
Affected Area: Sandakan

3/09/2010
Affected Area: Tuaran

 

CATUAN BEKALAN ELEKTRIK DI SELURUH SABAH
Posted on - 20/04/2009

Kota Kinabalu – Ekoran daripada pelaksanaan kerja-kerja senggararaan kritikal di Stesen Janakuasa Hidro Tenom Pangi dan Stesen Janakuasa Patau-Patau di W.P Labuan serta kerosakan beberapa set janakuasa IPP ARL Power, Sepanggar maka sistem penjanaan SESB mengalami kekurangan keupayaan penjanaan lebih kurang 125MW. Disebabkan penyelenggaraan satu (1) enjin di Stesen Janakuasa Hidro Tenom Pangi memerlukan masa selama tiga (3) bulan, maka situasi yang kritikal akan berterusan sehingga penghujung bulan Jun 2009.

Dalam keadaan biasa kapisiti janaan SESB adalah sejumlah 756 MW berbanding dengan permintaan pada beban puncak sejumlah 670MW. Dengan kehilangan sejumlah 125MW maka kapasiti janaan yang sedia ada ( available ) pada ketika ini adalah sejumlah 631MW sahaja. :

Atas sebab-sebab ini, SESB terpaksa menguatkuasakan catuan bekalan pada waktu beban puncak kerana kapisiti janaan tidak dapat menampung permintaan tenaga elektrik yang semakin meningkat. Catuan ini juga tertakluk kepada tidak ada kerosakan mendadak diluar dugaan kepada stesen-stesen janakuasa SESB dan IPP.

Oleh yang demikian, SESB memohon kerjasama daripada kilang-kilang untuk menggunakan set janakuasa (jika ada) bagi mengurangkan catuan bekalan ini. SESB juga memohon sekiranya ada aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan oleh kerajaan atau pihak tertentu, sila maklum kepada SESB lebih awal untuk mengelakkan sebarang gangguan/ catuan pada tempat tersebut. Kerjasama semua pihak sangat diharap dan dihargai

 


Home | About Us | General Info | Customer Services | Newsroom
Powerline
| Billing & Payment | Shutdown Notices | Tender Notice
Safety Campaign | FAQs | External Links
Copyright © 2010 Sabah Electricity Sdn. Bhd. Powered by ISD