JIMAT GUNA ELEKTRIK DAPAT KURANGKAN CATUAN
Posted on - 27/04/2009
Kota Kinabalu - Dalam melaksanakan catuan bekalan elektrik, SESB mengamalkan 2 objektif utama iaitu:
a. Memastikan kestabilan sistem untuk mengelakkan kegagalan sistem ( system collapse ) b. Memastikan daya harap set-set janakuasa akan terus terjamin dengan memastikan senggaraan yang telah dijadualkan terus dilaksanakan .
Catuan bekalan pada ketika ini tidak dapat dielakkan kerana senggaraan kritikal kepada set-set janakuasa besar di Stesen Janakuasa Hidro Tenom Pangi dan Stesen Janakuasa Patau-Patau W.P Labuan di samping kerosakan dan senggaraan kepada Stesen Janakuasa SESB dan IPP yang lain. Dalam keadaan ini, SESB juga sangat prihatin atas ketidakselesaan para pengguna dengan itu satu tindakan segera telah diambil untuk menyewa 20 set janakuasa berkeupayaan 20 MW dan telah ditempatkan di Stesen Janakuasa Melawa.
Dari segi pengurusan beban, SESB juga memohon kerjasama semua pelanggan untuk menjimatkan penggunaan tenaga elektrik ketika beban puncak iaitu di antara pukul 10 pagi sehingga 3 petang dan pukul 7 malam sehingga 9 malam dengan memadamkan lampu yang tidak diperlukan dan mengurangkan penggunaan penghawa dingin.
Maklumat terkini mengenai catuan bekalan boleh diperolehi melalui pengumuman dari semasa ke semasa oleh Sabah fm dan laman web kami www.sesb.com.my atau menggunakan perkhidmatan SMS dengan mengirim ke SESBP > jarak< ( nama kawasan ) dan hantar ke 33154. Kerjasama daripada semua pihak sangat diharapkan dan dihargai.
|