PROJEK PEMBANGUNAN TERUS DILAKSANA OLEH SESB
Posted on - 09/05/2009
Kota Kinabalu SESB telah membuat perancangan jangka pendek dan jangka panjang bagi pembangunan sistem pembekalan elektrik di negeri ini Ini bertujuan untuk memperkukuhkan sistem meningkat keupayaan sistem demi menampung permintaan masa kini dan jangka panjang serta meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat Sabah. Program-program berkenaan terbahagi kepada (3) tiga bahagian iaitu penjanaan, penghantaran dan pembahagian. Status program berkenaan ada yang telah siap, ada yang masih dalam pelaksanaan dan ada yang masih dalam perancangan.
Dari segi pembangunan janaan, SESB telah membuat Planting-up programme bagi memenuhi sasaran permintaan sehingga tahun 2020. Namun pihak IPP ( Independent Power Producer ) telah mengalami kelewatan dalam pelaksanaan projek dan tidak dapat menepati masa sasaran siap projek.. Antara projek yang telah siap sejak tahun 2007 adalah Penambahan set janakuasa di Stesen Janakuasa IPP Ranhil Powertron 1 (Teluk Salut) berkeupayaan 70MW dan Stesen Janakuasa IPP Sepanggar Power Corporation 100MW, Projek SREP ( Small Renewable Energy Power - Biomass ) oleh IPP Kina Biopower dan Seguntor Bioenergy masing-masing 10 MW. Penambahan lebih kurang190MW ke dalam sistem janaan SESB ini masih tidak mampu menampung permintaan yang semakin meningkat di samping banyak set-set janakuasa SESB dan IPP yang sedia ada yang uzur dan sering mengalami kerosakan. Pada ketika ini, Stesen Janakuasa IPP Ranhill Powertron 2 berkeupayaan 190MW sedang dalam pembinaan dan satu (1) set berkeupayaan 65MW dijangka siap pada hujung tahun ini dan selebihnya sebanyak 125MW akan siap pada tahun 2010.
SESB juga sedang menjalankan kajian kejuruteraan untuk Projek Hidro Upper Padas berkeupayaan 150MW dan pelaksanaan disasarkan untuk dimulatugas pada tahun 2017. Sementara itu Projek Hidro Liwagu berkeupayaan 150MW disasarkan siap pada tahun 2018.Projek-projek Mini-Hidro dan Solar Hibrid untuk kawasan Luar bandar sedang giat dibina. Di samping itu juga projek IPP baru di Kimanis dan Pantai Timur masih dalam peringkat perancangan/perbincangan dan mengalami kelewatan atas isu-isu tertentu. Pada hakikatnya Negeri Sabah memerlukan stesen janakuasa berkapisiti tinggi di Pantai Timur untuk menggantikan set-set janakuasa diesel yang kecil dan uzur bagi mengimbangkan sistem pembekalan elektrik di negeri Sabah.Kelewatan pelaksanaan projek-projek ini telah menyumbang kepada kekurangan keupayaan janaan yang dialami oleh SESB pada ketika ini.
Program-program pembangunan elektrik yang telah dirancang oleh SESB adalah seperti berikut:- NO. PROJECT GENERATION CAPACITY (MW) EXPECTED COMMERCIAL OPERATION DATE ESTIMATED PROJECT COST (RM) 1. IPP RANHILL POWERTRON II, PANTAI BARAT SABAH 65 (CCGT) 125 (OCGT) 2009 2010 774 MILLION 2. SESB TENOM PANGI HYRO PLANT UPGRADING 12 2011/ 2012 150 MILLION 3. IPP KIMANIS, WEST COAST SABAH 100 (CCGT) 2012 600 MILLION 4. IPP COAL FIRED PLANT, EAST COAST SABAH 150 150 2013 2014 1.55 BILLION 5. GAS FIRED POWER PLANT, WEST COAST SABAH 33 (OCGT) 2016 120 MILLION 6. SESB UPPER PADAS HYDRO PLANT, WEST COAST SABAH 150 2017 2 BILLION 7. SESB ADDITONAL UNIT TENOM PANGI HYDRO PLANT 26 2018 200 MILLION 8. SESB LIWAGU POWER PLANT 150 2018 1.8 BILLION 9. GAS FIRED POWER PLANT, WEST COAST SABAH 33 (OCGT) 2019 120 MILLION 10. GAS FIRED POWER PLANT, WEST COAST SABAH 200 (CCGT) 2020 1.2 BILLION TOTAL 8.5 BILLION 8.5 BILLION
Program-program ini memerlukan modal yang tinggi berjumlah RM 8.5 billion. SESB sedang berusaha untuk mendapatkan bantuan kewangan daripada Kerajaan bagi pelaksanaan pelan pembangunan induk bersepadu yang merangkumi sistem penjanaan, penghantaran serta pembahagian bagi pembekalan elektrik di seluruh Sabah.
Pada ketika ini beberapa set janakuasa SESB dan IPP masih lagi dibaikpulih dan disenggarakan seperti senarai berikut :- NO. POWER PLANT GENERATION CAPACITY (MW) EXPECTED OPERATION DATE SESB 1. TENOM PANGI HYDRO PLANT HT2 22 24 JUNE 2009 2. TENOM PANGI HYDRO PLANT HT3 22 30 SEPTEMBER 2009 3. PATAU-PATAU POWER PLANT GT1 31 15 MAY 2009 4. PATAU-PATAU POWER PLANT ST 13 16 MAY 2009 5. GANTISAN 2 (SANDAKAN) 18 AUGUST 2009 IPP 6. SUTERA HARBOUR 2 8.5 23 MAY 2009 7. SUTERA HARBOUR 4 8.5 19 JUNE 2009 8. KINABIO BIOMASS 10 TO BE ADVISED 9. ARL 3 11 21 MAY 2009 TOTAL 144
Bagi mengatasi kekurangan janaan ini, SESB telah mengambil langkah untuk membeli 20 set janakuasa berkeupayaan 1MW setiap satu serta menguatkuasakan catuan bekalan pada waktu beban puncak.SESB juga telah mendapat kerjasama yang baik daripada syarikat-syarikat besar yang mempunyai janakuasa dengan mengoperasikan set janakuasa mereka sendiri. Kerjasama ini telah dapat meminimakan catuan bekalan . Jadual catuan ini boleh didapati melalui laman web www.sesb.com.my dan juga pengumuman melalui Sabah fm.
|