GOOD MORNING!
Welcome to SESB online.
Today is Tuesday, September 07, 2010. Current Time:

WEBMAIL

8/09/2010
Affected Area: Ranau

2/09/2010
Affected Area: Sandakan

3/09/2010
Affected Area: Tuaran

 

TUDM BANTU TERBANGKAN ALAT GANTI SJH TENOM PANGI
Posted on - 22/05/2009

Kota Kinabalu – Alat-alat ganti untuk kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan kritikal turbin hidro di Stesen Janakuasa Hidro Tenom Pangi telahpun diterbangkan ke Kota Kinabalu daripada Kuala Lumpur pada 20 Mei 2009 supaya kerja-kerja pembaikan dan senggaraan kritikal terhadap dua (2) unit turbin hidro berkeupayaan 22MW setiap satu di Stesen Janakuasa Hidro Tenom Pangi dapat dilaksanakan dengan segera.

Pengangkutan melalui udara ini memerlukan perbelanjaan lebih tinggi berbanding pengangkutan melalui udara tetapi keprihatinan SESB terhadap masalah yang dihadapi oleh pengguna telah mendorong SESB untuk memilih pengangkutan melalui udara ini kerana ia lebih cepat.

Pada ketika ini pihak REMACO (TNB Repair and Maintainance Sdn Bhd) sedang membantu anggota SESB untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan dan senggaraan tersebut.

Stesen Janakuasa Hidro Tenom Pangi dijangka akan dapat meningkatkan kapasiti janaannya selepas kedua-dua unit ini kembali beroperasi pada bulan Jun dan September 2009.

 


Home | About Us | General Info | Customer Services | Newsroom
Powerline
| Billing & Payment | Shutdown Notices | Tender Notice
Safety Campaign | FAQs | External Links
Copyright © 2010 Sabah Electricity Sdn. Bhd. Powered by ISD