GOOD MORNING!
Welcome to SESB online.
Today is Saturday, July 31, 2010. Current Time:

WEBMAIL

8/07/2010
Affected Area: Tambunan

29/07/2010
Affected Area: Lahad Datu

29/07/2010
Affected Area: Kota Kinabalu

 

SESB/TNB UTAMA BEKALAN KUKUH & STABIL
Posted on - 28/05/2009

Kota Kinabalu – Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menyambut baik komen serta keprihatinan semua pihak mengenai keperluan tenaga elektrik di Negeri Sabah. Sebagai sebuah syarikat yang bertanggungjawab untuk membekalkan tenaga elektrik di negeri Sabah, SESB hanya mempunyai satu agenda iaitu memastikan bekalan elektrik yang kukuh dan stabil yang dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Sabah pada kos yang munasabah

Kedudukan bekalan masa kini semakin pulih. Namun SESB perlu memastikan program berterusan dilaksanakan bagi menjamin kestabilan jangka panjang sistem bekalan di Sabah. Dalam perancangan jangka panjang, SESB telah mengenalpasti beberapa potensi hidro di Sabah untuk dibangunkan seperti Upper Padas (150MW) dan Liwagu (175MW).

Walau bagaimanapun, SESB juga sedang mengenalpasti potensi untuk mendapatkan bekalan elektrik dari Negeri Sarawak melalui beberapa janakuasa hidro berpotensi yang terdapat di negeri tersebut, seperti di Lawas. Namun demikian, ini tidak termasuk penyaluran bekalan tenaga elektrik dari Bakun ke negeri Sabah kerana faktor-faktor berikut:-

a. Kos dan Permintaan - Kos untuk membawa tenaga elektrik dari Bakun ke negeri Sabah dianggar akan mencecah berbillion ringgit sementara permintaan hanyalah sekitar 500MW sahaja. Pelaburan sebesar ini lebih baik dibelanjakan di dalam negeri Sabah sendiri melalui pembinaan stesen janakuasa yang sesuai dengan saiz permintaan di Sabah. Perbelanjaan dalam negeri ini akan membawa impak ekonomi yang positif kepada negeri Sabah dan akan dapat mengurangkan pengaliran wang keluar dari negeri Sabah.

b. Pembinaan Talian Penghantaran dari Bakun ke Sabah adalah terlalu jauh dan akan melalui bukit-bukau dan hutan rimba/ simpan. Ini akan memberi kesan kepada keselamatan sistem (system security) kerana apabila berlaku kerosakan kepada talian berkenaan maka seluruh negeri Sabah akan terputus bekalan kerana terlalu bergantung kepada bekalan dari satu saluran sahaja.

c. Pelaburan yang besar serta permintaan yang tinggi di Semenanjung berbanding dengan negeri Sabah adalah merupakan justifikasi kenapa bekalan elektrik dari Bakun telah diperuntukkan (committed) untuk Semenanjung Malaysia dan Negeri Sarawak.

d. Sekiranya berlaku pembelian dari Bakun ke Sabah, bekalan juga akan disalurkan ke bahagian Pantai Barat sahaja. Ini tidak akan dapat mengimbangkan sistem penjanaan elektrik antara Pantai Barat dan Pantai Timur. Berasaskan kepada faktor-faktor tersebut, maka TNB/SESB telah memutuskan adalah lebih kos efektif untuk tidak mengambil bekalan dari projek Bakun di Sarawak pada masa kini. Namun memandangkan potensi hidro di Sarawak adalah 28,000MW, maka peluang negeri Sabah untuk mendapatkan bekalan elektrik dari Sarawak masih terbuka dalam rancangan jangka panjang SESB. Kapasiti Hidro Bakun adalah 2,400MW dan ini hanya merupakan sebahagian kecil daripada potensi hidro di Sarawak.

Mengenai potensi hidro di Sabah, seperti dinyatakan oleh En.Francis Xavier dalam laporan akhbar ( yang di buat oleh YB Datuk Melanie Chia baru-baru ini adalah berasaskan hasil kajian yang telah dilakukan 25 tahun yang lalu. SESB dengan bantuan Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik Malaysia ( AAIBE) akan melaksanakan kajian baru mengenai potensi hidro yang terdapat di Sabah pada masa ini. .

Sistem bekalan elektrik di negeri ini perlu diimbangkan kerana sekarang ini sumber janaan hanya diperolehi dari Pantai Barat. Kini, Pantai Timur terlalu bergantung kepada Pantai Barat dan sebarang kejadian terhadap talian penghantaran atau sistem janaan di Pantai Barat akan menyebabkan kawasan Pantai Timur menghadapi kekurangan bekalan yang kritikal. Ini kerana sistem janaan sedia ada tidak mampu menampung keperluan Pantai Timur. Stesen janakuasa yang mempunyai kapasiti janaan yang besar amat diperlukan di kawasan Pantai Timur bagi mengimbangi sistem janaan SESB.

Pada ketika ini, opsyen yang paling praktikal ialah sistem janakuasa arang batu untuk mengatasi masalah bekalan elektrik di kawasan Pantai Timur Sabah. Perkara ini telah disahkan oleh konsultan yang membuat kajian mengenai potensi sumber tenaga di Pantai Timur. Walau bagaimanapun SESB/TNB masih lagi terbuka untuk mencari sumber alternatif yang lain bagi kawasan Pantai Timur Sabah..

Dalam hal ini, TNB/SESB tidak mempunyai agenda lain dalam membuat keputusan, selain untuk memberikan bekalan elektrik yang kukuh dan stabil untuk rakyat Sabah.

 


Home | About Us | General Info | Customer Services | Newsroom
Powerline
| Billing & Payment | Shutdown Notices | Tender Notice
Safety Campaign | FAQs | External Links
Copyright © 2010 Sabah Electricity Sdn. Bhd. Powered by ISD