GOOD AFTERNOON!
Welcome to SESB online.
Today is Thursday, September 09, 2010. Current Time:

WEBMAIL

8/09/2010
Affected Area: Ranau

2/09/2010
Affected Area: Sandakan

3/09/2010
Affected Area: Tuaran

 

BEKALAN ELEKTRIK SEMAKIN PULIH
Posted on - 19/06/2009

Kota Kinabalu – catuan bekalan yang telah dikuatkuasakan sejak bulan april yang lalu semakin berkurangan kerana satu (1) unit daripada dua (2) janakuasa hidro di Tenom Pangi berkeupayaan 22MW yang diselenggarakan telah dioperasikan pada 18 Jun 2009. Oleh yang demikian, kapasiti janaan SESB telah meningkat.

Walaubagaimanapun, ‘reserve margin’ SESB masih pada tahap yang kurang kukuh kerana jika apa-apa berlaku kepada set-set janakuasa besar SESB dan IPP kapasiti janaan boleh menurun secara mendadak sehingga catuan bekalan perlu dilaksanakan pada ketika beban puncak.

SESB memohon kerjasama para pengguna untuk menggunakan elektrik secara cekap dan jimat bagi membantu SESB mengagihkan bekalan dengan lebih meluas apabila berlakunya kekurangan kapasiti janaan.

Di samping itu juga, SESB mengucapkan terima kasih kepada syarikat-syarikat besar yang telah memberikan kerjasama untuk mengoperasikan set janakuasa mereka apabila diperlukan bagi membolehkan SESB mengurangkan catuan bekalan kepada lebih ramai pengguna. Sekurang-kurangnya beban yang telah disumbangkan oleh syarikat-syarikat berkenaan dapat diagihkan kepada lebih ramai pengguna awam di seluruh Sabah.

 


Home | About Us | General Info | Customer Services | Newsroom
Powerline
| Billing & Payment | Shutdown Notices | Tender Notice
Safety Campaign | FAQs | External Links
Copyright © 2010 Sabah Electricity Sdn. Bhd. Powered by ISD