GOOD MORNING!
Welcome to SESB online.
Today is Tuesday, September 07, 2010. Current Time:

WEBMAIL

8/09/2010
Affected Area: Ranau

2/09/2010
Affected Area: Sandakan

3/09/2010
Affected Area: Tuaran

 

SESB HERET 15 PENGGUNA KE MAHKAMAH
Posted on - 26/06/2009

Kota Kinabalu - Pada tahun 2006, sebanyak 15 saman tuntutan kerugian telah difailkan di Mahkamah oleh SESB ke atas pengguna-pengguna berdaftar sekitar Kota Kinabalu yang terlibat dalam kes penggunaan elektrik secara curang (mengubahsuai kejituan jangka)yang mana jumlah keseluruhan kerugian yang dialami oleh SESB mencecah hampir RM200K.

Sehingga hari ini, sebanyak 13 kes telah berjaya dimenangi oleh SESB sementara dua (2) kes lagi masih di dalam proses perbicaraan di Mahkamah.

SESB sekali lagi mengingatkan bahawa kesalahan mencuri bekalan elektrik merupakan satu perbuatan jenayah dan juga merupakan kesalahan sivil di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990, Seksyen 37(1) dan 37(3) memperuntukkan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga (3) tahun atau kedua-duanya sekali.

Dengan kemenangan kes-kes ini, membuktikan usaha SESB untuk membenteras kegiatan haram ini telah membuahkan hasil dan SESB memandang serius dalam menangani kegiatan penggunaan elektrik secara curang di Negeri Sabah ini. SESB juga akan terus memantau dan juga menjalankan operasi bagi membenteras kegiatan tersebut secara konsisten di seluruh Negeri Sabah dan W.P. Labuan.

Disamping itu juga SESB terus mengadakan operasi membanteras penyambungan haram di kawasan-kawasan setinggan di seluruh Sabah. Ini adalah kerana perbuatan ini mengancam kententeraman serta keselamatan awam malah ia boleh mengakibatkan maut. Kes yang berlaku di Tawau membuktikan kegiatan ini membawa padah kepada orang awam yang tidak berdosa. SESB memohon kerjasama orang awam untuk memaklumkan SESB jika mereka melihat kegiatan penyambungan haram yang berbahaya ini. Keselamatan Elektrik Tangungjawab Bersama.

 


Home | About Us | General Info | Customer Services | Newsroom
Powerline
| Billing & Payment | Shutdown Notices | Tender Notice
Safety Campaign | FAQs | External Links
Copyright © 2010 Sabah Electricity Sdn. Bhd. Powered by ISD