GOOD AFTERNOON!
Welcome to SESB online.
Today is Thursday, September 09, 2010.
Current Time:

8/09/2010
Affected Area: Ranau
2/09/2010
Affected Area: Sandakan
3/09/2010
Affected Area: Tuaran
|
 |
 |
|
Taklimat SESB bersama pemimpin komuniti daerah Kun
Posted on - 25/11/2009
Kunak - Satu taklimat bersama pemimpin komuniti anjuran SESB dengan kerjasama Pejabat Daerah Kunak telah diadakan pada 21 November 2009 yang lalu bertempat di Dewan Sri Kunak yang dirasmikan oleh Adun N51 Kunak YB Datuk Nilwan Kabang.Seramai lebih kurang 250 orang pemimpin politik dan masyarakat telah menghadiri taklimat ini. Majlis tersebut bertujuan untuk mendekatkan SESB dengan masyarakat supaya dapat memberi penerangan mengenai status bekalan elektrik di negeri Sabah dan juga perkhidmatan-perkhidmatannya.Menerusi program ini juga SESB berpeluang mendengar masalah-masalah bekalan elektrik yang dihadapi oleh para pelanggan di daerah tersebut.Pengurus Besar Kanan (Operasi) SESB, Ir Abdul Razak Salim mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Datuk Nilwan Kabang dan Pegawai Daerah Kunak atas sokongan mereka kepada SESB sebagai utiliti peneraju pembekalan elektrik di Negeri Sabah.SESB juga akan sentiasa komited dan prihatin dalam memberikan bekalan elektrik secara berterusan di daerah itu. Pada majlis itu juga satu taklimat mengenai Loji Janakuasa Arang Batu telah disampaikan oleh wakil daripada Lahad Datu Energy En Ahmad Faraid Yahaya. Para pemimpin yang hadir menyokong pembinaan loji tersebut yang akan dapat memperkukuhkan bekalan elektrik di negeri ini. Diakhir majlis tersebut, YB Datuk Nilwan Kabang telah menyampaikan sumbangan berupa barangan elektrik kepada 30 orang wanita kurang berkemampuan dan ibu tunggal dari sekitar daerah Kunak.
-TAMAT-
|
|
|
|
|
 |
|
|
|