Catuan Bekalan Pada Beban Puncak Dikuatkuasakan
Posted on - 30/11/2009
Kota Kinabalu -SESB telah melaksanakan catuan bekalan di seluruh Sabah pada hari ini (30/11/2009) ekoran daripada kerosakkan mendadak (force outage) kepada beberapa stesen janakuasa IPP (Independent Power Producer) dan SESB bermula pada jam 9.38 pagi. Kapasiti janaan berkurangan sehingga 69MW dan tidak dapat menampung permintaan pada beban puncak. Dengan kehilangan sejumlah 69MW, maka SESB terpaksa melaksanakan Demand Side Management (DSM) seawal jam 8.45 pagi dengan meminta kerjasama syarikat-syarikat tertentu untuk mengoperasikan set janakuasa mereka bagi menampung permintaan pengguna. Catuan bekalan telah bermula pada jam 9.38 pagi bagi menampung permintaan tenaga elektrik yang semakin meningkat pada waktu beban puncak. Antara kawasan-kawasan yang terlibat dengan catuan ini adalah Sandakan, Tawau, Wilayah Persekutuan Labuan, Lahad Datu, Kinabatangan, Kunak, Keningau, Penampang dan Kota Kinabalu. SESB mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan oleh syarikat-syarikat swasta yang terlibat dalam (DSM) ini atas sumbangan mereka untuk membantu SESB mengurangkan kawasan yang terlibat dalam catuan bekalan. Catuan akan terus dilaksanakan sehingga lebihan kapasiti janaan SESB dapat dipertingkatkan.
Segala kerumitan yang dihadapi oleh para pengguna sangat dikesali.
-TAMAT-
Dikeluarkan dari pejabat Chendramatas Hj. Sinteh Pengurus Kanan Komunikasi Korporat Sabah Electricity Sdn Bhd 30 November 2009
|