Blok Kedua J/Kuasa Bergerak Sim-Sim Dimulatugas
Posted on - 09/12/2009
Kota Kinabalu - Blok kedua set janakuasa bergerak Sim-Sim, Sandakan (mobile genset) jenis kanopi dengan jumlah keupayaan sebanyak 10MW telahpun dipasang dan dimulatugas pada 7 Disember 2009 seperti yang dijadualkan. Ini telah menjadikan jumlah keseluruhan keupayaan tambahan janaan di Sandakan sebanyak 20MW. Set janakuasa ini juga akan dapat menambah kapasiti janaan di kawasan Pantai Timur Sabah sebagai langkah interim untuk mengurangkan impak kekurangan kapasiti janaan dalam sistem bekalan elektrik di Sabah. Disamping itu, SESB sedang dalam proses mengatur pemasangan blok kedua set janakuasa bergerak Pasir Putih, Tawau dengan jumlah keupayaan sebanyak 10MW. Blok terakhir ini juga dijangka akan dapat dipasang dan dimulatugas pada 24 Disember 2009.
|