Taklimat NSESP Kepada Kontraktor di Sandakan
Posted on - 05/02/2010
Kota Kinabalu - Seramai 30 orang kontraktor dan warga kerja SESB telah menghadiri taklimat NIOSH-SESB Safety Passport (NSESP) Awareness bagi daerah Sandakan bertempat di Pejabat SESB Sandakan baru-baru ini. Sebelum ini satu taklimat yang sama telahpun diadakan di Kota Kinabalu pada bulan Disember yang lalu. Taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Muhammad Fadhil Abu Bakar, Eksekutif NIOSH cawangan Sabah. Program NSESP ini merupakan satu program usahasama diantara SESB dengan NIOSH untuk memberi kefahaman serta kesedaran kepada pihak kontraktor tentang aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi mewujudkan budaya kerja selamat dan sihat di kalangan pekerja bagi mengelakkan/ mengurangkan kemalangan di tempat kerja. Dalam taklimat itu juga , para kontraktor telah dimaklumkan mengenai keperluan untuk mendapat kad NSESP ini sebelum pemilikan ini dikuatkuasakan sepenuhnya pada bulan Julai 2012. Kegagalan syarikat kontraktor untuk mendapatkan kad keselamatan ini akan menghalang mereka untuk membuat kerja-kerja di premis atau pepasangan SESB. Pada masa kini, seramai 791 kontraktor aktif yang berdaftar dengan SESB.
|