GOOD AFTERNOON!
Welcome to SESB online.
Today is Thursday, September 09, 2010.
Current Time:

8/09/2010
Affected Area: Ranau
2/09/2010
Affected Area: Sandakan
3/09/2010
Affected Area: Tuaran
|
 |
 |
|
50Kg Wayar Dirampas Dlm Operasi Sambungan Haram
Posted on - 12/02/2010
Kota Kinabalu - Lebih daripada 500 buah rumah di 9 kawasan telah dikesan melakukan aktiviti penyambungan haram dalam operasi membanteras aktiviti penyambungan haram di sekitar Kota Kinabalu bermula 10 sehingga 11 Februari 2010. Operasi ini telah disertai oleh pihak Suruhanjaya Tenaga (ST) Pejabat Kawasan Pantai Barat Negeri Sabah dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Kawasan operasi dua (2) hari ini tertumpu kepada kawasan-kawasan setinggan di sekitar Kota Kinabalu. Dalam operasi ini juga dianggarkan 50 kilogram wayar pelbagai jenis telah dirampas dilokasi kerana melakukan penyambungan haram ini. Operasi kali ini juga merupakan operasi kedua yang dijalankan tahun ini di kawasan setinggan sekitar Kota Kinabalu. Selain itu, SESB juga memohon kerjasama pihak-pihak yang berwajib untuk memantau struktur-struktur haram dan juga projek-projek terbengkalai kerana didapati kawasan-kawasan tersebut dikenalpasti banyak melakukan penyambungan haram ini dan seterusnya merosakkan pepasangan SESB. SESB memerlukan kerjasama semua pihak supaya menghubungi SESB di talian 15454 atau 088-282 455 jika melihat orang-orang yang mencurigakan atau di dalam kawasan pepasang SESB.
|
|
|
|
|
 |
|
|
|