Talian 33kV Sibuga-Seguntor Terpelantik
Posted on - 14/02/2010
Kota Kinabalu Pada 13 Februari 2010 kira-kira pukul 9.56 malam, talian 33kV Sibuga Seguntor di Stesen Suis Utama (SSU) Sibuga telah terpelantik. Kejadian ini telah mengakibatkan beberapa stesen janakuasa SESB dan IPP di Sandakan turut terpelantik dan sebanyak 93.1MW telah hilang daripada sistem. Ini telah memaksa SESB menguatkuatkuasakan catuan bekalan di beberapa kawasan seperti Kota Kinabalu, Tuaran, Kudat, Wilayah Persekutuan Labuan, Keningau, Kota Belud, Tawau dan Sandakan mengikut kaedah kecemasan sebagai langkah untuk mengekalkan kestabilan sistem. Gangguan telah dikenalpasti berpunca daripada kerosakkan salah satu penebat di menara 33kV terakhir talian SSU Sibuga-PPU Seguntor. Bekalan telah dapat dipulihkan secara berperingakat-peringkat dan telah kembali normal pada kira-kira pukul 11.28 malam (13 Februari 2010). SESB sentiasa berusaha dan komited untuk memastikan kestabilan keseluruhan sistem Grid Sabah dengan memperkukuhkan sistem bekalan elektrik di Pantai Timur Sabah. Justeru itu, kawasan Pantai Timur memerlukan stesen janakuasa berkapasiti tinggi sebagai stesen tambatan bagi mengelakan perkara seperti ini berulang. SESB memohon maaf atas kerumitan yang dihadapi oleh semua pelanggan yang terlibat.
|