GOOD MORNING!
Welcome to SESB online.
Today is Tuesday, September 07, 2010. Current Time:

WEBMAIL

8/09/2010
Affected Area: Ranau

2/09/2010
Affected Area: Sandakan

3/09/2010
Affected Area: Tuaran

 

Gangguan Bekalan Elektrik Di Tawau Menurun
Posted on - 05/03/2010

Kota Kinabalu  Gangguan bekalan elektrik di Tawau adalah disebabkan oleh :-

a) Catuan bekalan di seluruh Sabah termasuk Kawasan Tawau yang disebabkan oleh kekurangan margin kelegaan kapasiti penjanaan. Perkara ini berpunca daripada beberapa unit set janakuasa utama yang terpaksa disenggara mengikut jadual, kerosakkan janakuasa (SESB & IPP) serta masalah penjanaan di Stesen Janakuasa Hidro Pangi dan Hidro Mini Kedamaian, Kiau, Melangkap, dan Bombalai disebabkan oleh paras air yang rendah akibat kemarau. Oleh itu, catuan bekalan secara bergilir-gilir mengikut jadual telah diaktifkan bagi memastikan kestabilan sistem.

b) Hentitugas yang dirancang (planned shutdown) bagi melaksanakan penyambungan bekalan kepada pengguna-pengguna baru, kerja-kerja pengukuhan sistem dan kerja-kerja senggaraan.

c) Kerosakan peralatan elektrik pada sistem talian,kabel dan perkakasuis di pencawang elektrik.

Pencapaian SAIDI (Graf 1.0) bagi Kawasan Tawau untuk enam bulan (1 September 2009 hingga Februari 2010) yang menunjukkan penurunan yang ketara sebanyak 87.34% pada bulan Februari 2010 berbanding pencapaian bulan September 2009. Penurunan ini diantaranya adalah hasil daripada pemasangan Set Janakuasa boleh gerak 1MW di PPU Pasir Putih yang telah beroperasi sejak 24 Dis 2009.

Antara perancangan jangka pendek dan jangka panjang yang telah dan sedang dilaksanakan adalah seperti berikut :

A. Perancangan Jangka Pendek

i. SESB telah membeli dan memasang sebanyak 20 unit Set Janakuasa mobile 1MW di PPU Pasir Putih, Tawau pada 24 Disember 2009 yang bernilai RM25 juta. Ia telah mengurangkan impak gangguan bekalan yang dialami akibat catuan bekalan.

ii. Melaksanakan Inisiatif Sasaran Pencapaian SAIDI 700 Minit Pada Tahun 2010

a. Meningkatkan operating margin dengan perlaksanaan senggaraan Utama dan perlaksanaan Demand Side Management (DSM)

b. Memperukuhkan prestasi rangkaian penghantaran dan pembahagian dengan melaksanakan senggaraan pencegahan yang lebih kerap.

c. Menambahbaik sistem perlindungan dan kawalan pemantauan seperti kemudahan SCADA, Lightning Arrestor, Auto Recloser dan peralatan yang menggunakan teknologi terkini.

d. Melaksanakan projek-projek pengukuhan sistem bagi rangkaian Penghantaran dan Pembahagian.

e. Memasang set janakuasa mudahalih di tempat-tempat strategik bagi mengurangkan bilangan pengguna yang terlibat dengan gangguan akibat hentitugas dan kerosakan peralatan B. Perancangan Jangka Panjang

i. Stesen Janakuasa Bebas iaitu IPP Ranhill Powertron (II) yang sedang menjalani ujian pra-mulatugas akan memberikan kapasiti tambahan sebanyak 65MW dalam masa terdekat, 65MW pada bulan April 2010 dan 60 MW pada bulan Ogos 2010.

SESB amat mengambil perhatian serius tentang masalah bekalan eletrik yang dialami di Sabah dan sentiasa berusaha untuk menambahbaik status bekalan dan perkhidmatan SESB dengan memastikan projek-projek yang telah diluluskan dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

 


Home | About Us | General Info | Customer Services | Newsroom
Powerline
| Billing & Payment | Shutdown Notices | Tender Notice
Safety Campaign | FAQs | External Links
Copyright © 2010 Sabah Electricity Sdn. Bhd. Powered by ISD