'EESC Dibentuk
Posted on - 11/03/2010
Kota Kinabalu -.Satu jawatankuasa Energy Efficiency Steering Committee (EESC) telahpun dibentuk dan dipengerusikan oleh Pengarah Urusan SESB, Ir. Baharin Bin Din bertujuan untuk mengenalpasti cabaran dan seterusnya mencari strategi penyelesaian terbaik bagi inisiatif mempromosikan barangan kecekapan tenaga di Sabah. Ahli-ahli EESC ini terdiri daripada pihak kerajaan negeri dan persekutuan, SESB dan juga pihak-pihak berkepentingan seperti SHAREDA, Institute of Engineers Sabah (IEM), Malaysian International Chamber of Commerce and Industry (MICCI), Association of Consulting Engineerrs Malaysia (ACEM),Federation of Sabah Manufacturer (FSM), Persatuan Arkitek Malaysia (PAM) dan Sabah Hotel Association. Terms of Reference (TOR) steering committee ini adalah untuk mengintegrasi dan meneraju strategi EE, menasihat amalan terbaik EE, memastikan strategi adalah selaras dengan nilai korporat SESB, mengintegrasi EE ke dalam rantaian pembekalan elektrik, memastikan pengurusan isu penting adalah mengikut aturan dan juga meningkatkan profil EESC. Bersempena dengan majlis ini, satu majlis menandatangani Memorandum Of Understanding (MOU) telahpun dijalankan di antara pihak SESB dengan pihak TNB Engineering Services (TNBES) dan juga Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah diadakan pada 11 Mac 2010 bertempat di Dewan Persidangan Wisma SESB. Majlis menandatangani MoU ini juga merupakan salah satu program CSR SESB dan usaha ini juga menunjukkan keprihatinan dan usaha SESB dalam menangani isu global. Selain itu, antara inisiatif SESB dalam mempromosikan kecekapan tenaga ini adalah dengan menjalankan audit tenaga kepada bangunan Wisma SESB. Aktiviti audit tenaga ini juga merupakan buat julung kalinya dibuat ke atas bangunan di negeri Sabah dan akan dilaksanakan oleh TNBES.
|