GOOD MORNING!
Welcome to SESB online.
Today is Monday, September 06, 2010. Current Time:

WEBMAIL

8/09/2010
Affected Area: Ranau

2/09/2010
Affected Area: Sandakan

3/09/2010
Affected Area: Tuaran

 

Situasi Bekalan Semakin Baik Di P/Timur Sabah
Posted on - 11/03/2010

Siaran akhbar ini adalah ekoran daripada kenyataan akhbar oleh YB Datuk Seri Ghapur Salleh bertarikh 05 Mac 2010 dan YB Dr. Hiew King Cheu pada 09 Mac 2010.

Kota Kinabalu  SESB sentiasa memahami dan menghargai peranan YB-YB Wakil Rakyat dalam mengenengahkan masaalah rakyat demi memastikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. Sesungguhnya hasrat murni YB-YB Wakil Rakyat ini dikongsi dan didokong bersama oleh SESB, selaku Government-Linked Company (GLC) yang perihatin. SESB juga merasakan perlu untuk memberi penjelasan ini untuk mengelakkan kekeliruan yang timbul.

Penggunaan set janakuasa mudahalih (mobile) sebanyak 40MW di Pantai Timur, Sabah telah dipersetujui dan diputuskan dalam satu Majlis Taklimat SESB Bersama Ahli-Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah pada 18 Ogos 2009 yang lalu. Ia merupakan salah satu langkah interim SESB untuk menangani kekurangan kapasiti penjanaan, sementara menunggu siapnya beberapa projek Independent Power Producer (IPP). YAB Perdana Menteri sendiri dalam lawatan beliau ke Tawau pada 13 September 2009, juga telah mengumumkan tentang langkah-langkah interim ini, di mana beliau menetapkan sasaran siap sebelum akhir 2009.

Mengikut kaedah lazim, proses mendapatkan set-set janakuasa mudahalih baru sebanyak ini (40MW  32 buah) boleh menjangkau melebihi satu tahun. Di samping itu, berdasarkan pengalaman lalu SESB, amatlah sukar untuk mendapatkan bilangan set-set baru secara serentak sebanyak itu dalam tempoh masa yang singkat.

Berlatarbelakangkan scenario ini dan situasi bekalan yang meruncing ketika itu, serta berpaksikan kepada kepentingan awam yang mahukan situasi bekalan diatasi segera, SESB mengambil pendirian untuk melaksanakan pemasangan dan mulatugas set-set janakuasa mudahalih sebanyak 32 buah (40 MW) ini secara fast-track dengan kadar segera.

Pilihan terbaik pada ketika itu adalah bekerjasama dengan sebuah syarikat Government Linked Company (GLC), iaitu Sime Darby Industrial (SDI) ,yang merupakan agen tunggal dan antara pembekal terbesar generator mudahalih di Malaysia. SDI telah bersetuju untuk membantu mendapatkan SEGERA pembekalan set-set janakuasa mudahalih yang diperlukan berjumlah 32 buah (40MW).

Memandangkan set-set janakuasa mudahalih ini diperlukan dalam masa yang segera, maka Lembaga Pengarah SESB telah bersetuju dengan tawaran SDI untuk membekalkan set-set janakuasa mudahalih terpakai yang diperolehi dari seluruh pelusuk tanah air. Namun bagi menjamin dan melindungi kepentingan operasi dan kewangan SESB, Lembaga Pengarah SESB juga telah menetapkan syarat-syarat berikut dalam tawaran kepada SDI:-

a) Syarat jaminan prestasi dan availability (performance guarantee) melalui perjanjian CSA (Customer Service Agreement) b) Syarat Wajib Guaranteed Buy-Back oleh SDI

Dengan wujudnya syarat-syarat jaminan ini, isu samada ia merupakan set-set baru atau terpakai seharusnya tidak timbul. Melalui pakej ini juga, SDI akan membeli balik set-set tersebut apabila situasi bekalan elektrik dapat dipulihkan dan kapasiti kelegaan (reserve margin) dapat dipertingkatkan. Ini mengambilkira keadaan bilamana Stesen Janakuasa IPP Ranhill Powertron II akan dioperasikan secara berperingkat-peringkat seperti jadual berikut :

a. Unit Pertama 65 MW : 13 Mac 2010 b. Unit Kedua 65 MW : 30 April 2010 c. Keseluruhan Sistem 190 MW : 1 September 2010

Sehubungan dengan itu, kaedah pakej SDI di atas telah membolehkan SESB bertindak pantas dalam menangani isu bekalan elektrik yang runcing pada ketika itu. Blok pertama janakuasa mudahalih di Pencawang Pembahagian Utama (PPU) Sim-Sim Sandakan telah berjaya dioperasikan pada 15 Oktober 2009, kurang dua bulan selepas dialog bersama ADUN dan MP, dan blok terakhir di Tawau dimulatugas pada 24 Disember 2009, sebagaimana dijanjikan oleh YAB Perdana Menteri.

Blok-blok telah disiapkan seperti berikut:-

PPU Sim-Sim Sandakan (15 buah) Tarikh Siap

Blok Pertama (10MW) 15 Oktober 2009 Blok Kedua (10MW) 7 November 2009

PPU Pasir Putih Tawau (17 buah) Tarikh Siap

Blok Pertama (10MW) 14 November 2009 Blok Kedua (10MW) 24 Disember 2009

Sehingga kini set-set janakuasa mudahalih ini telah dapat beroperasi dengan baik dengan menghasilkan running availibility yang memuaskan. Malahan, pemasangan set janakuasa mudahalih tersebut telah menyumbang kepada penurunan ketara gangguan bekalan elektrik di kawasan Sandakan sejumlah 81.6 % dan kawasan Tawau sejumlah 87.34% bagi bulan Februari 2010 berbanding bulan September 2009. Ini dapat dicapai melalui penjadualan senggaraan mingguan yang ketat, di mana set-set diseggara di waktu luar puncak (off peak period)

Sebagai sebuah syarikat berkepentingan Kerajaan (GLC), SESB adalah sentiasa tertakluk kepada amalan corporate governance di mana keputusan-keputusan utama dirujuk dan tertakluk kepada Lembaga Pengarah Syarikat, yang sentiasa mengambilkira dan melindungi kepentingan pemegang saham dan kepentingan awam khususnya rakyat Sabah, selaras dengan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Dalam kes ini, hasrat melihat situasi bekalan di perbaiki segera dapat dicapai tanpa menjejaskan kepentingan operasi dan kewangan SESB (melalui syarat-syarat jaminan yang ditetapkan), walaupun pilihannya merupakan penggunaan set-set mudahalih terpakai.

SESB sentiasa mengharapkan sokongan semua pihak dalam usahanya untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada para penggunanya di seluruh Sabah.

 


Home | About Us | General Info | Customer Services | Newsroom
Powerline
| Billing & Payment | Shutdown Notices | Tender Notice
Safety Campaign | FAQs | External Links
Copyright © 2010 Sabah Electricity Sdn. Bhd. Powered by ISD