Penjelasan MengenaiSAIDI Bekalan elektrik Di Sabah
Posted on - 22/03/2010
Kenyataan ini adalah merujuk kepada kenyataan akhbar dalam akhbar tempatan oleh YB Datuk Lim Kit Siang mengenai pengiraan SAIDI bekalan elektrik di Sabah oleh SESB
Kota Kinabalu: Pengiraan SAIDI (System Average Interruption Duration Index ) oleh SESB adalah terbahagi kepada 3 kategori iaitu Pembahagian, Penghantaran dan Penjanaan .Kedua-dua bilangan SAIDI yang telah dinyatakan dalam kenyataan tersebut adalah betul kerana mengikut kiraan menggunakan kalender tahunan ( Januari 2009 Disember 2009 ), SAIDI yang telah direkodkan adalah 2,870 minit , sementara itu jika dikira mengikut Tahun Kewangan SESB ( 1 Sept 2008 31 August 2009 ) jumlah SAIDI yang direkodkan adalah 2,284 minit.Di samping itu juga dakwaan SAIDI yang dilaporkan oleh Suruhanjaya untuk enam bulan pertama tahun 2009 berjumlah 423 minit adalah merupakan SAIDI Bahagian Pembahagian sahaja (Distribution Division). Untuk makluman SAIDI keseluruhan di Sabah pernah mencecah 4,030 minit pada tahun 2006 ( SAIDI 2,778 pada tahun 2006 seperti yang didakwa adalah untuk Bahagian Pembahagian sahaja.) dan telah berjaya dikurangkan kepada 1,856 ( tahun kalender ) pada tahun 2008. Kami berharap agar penjelasan ini akan dapat mengatasi kekeliruan yang timbul mengenai SAIDI bekalan elektrik di Sabah .
|