30MW Penurunan Semasa "Earth Hour'
Posted on - 29/03/2010
Kota Kinabalu SESB telah merekodkan penurunan penggunaan tenaga elektrik sebanyak 30MW diseluruh Sabah pada 27 Mac 2010 iaitu sepanjang aktiviti Earth Hour diadakan bermula pada jam 8.30 malam sehingga jam 9.30 malam. Pada aktiviti Earth Hour tahun lalu, SESB telah merekodkan penurunan sebanyak 50MW diseluruh Sabah. Selain itu, SESB ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penduduk Sabah yang turut terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan aktiviti Earth Hour ini.
|