Kerosakan pada PPU Punca Gangguan di Sandakan
Posted on - 01/04/2010
Kota Kinabalu Kejadian Bus Section Flash Over pada 11kV di Pencawang Pembahagian Utama (PPU) Permai telah mengakibatkan lebih kurang 3,000 pengguna di Sandakan mengalami gangguan bekalan bermula pada jam 6.30 pagi dan bekalan telah berjaya dipulihkan secara berperingkat-peringkat pada jam 9.05 pagi. Antara kawasan-kawasan yang terlibat adalah Taman Sibuga, Perumahan Poh Hing, Taman Mawar, Kompleks Sukan Sandakan, Jabatan Penjara dan juga kawasan sekitar. Walaubagaimanapun, punca kejadian masih dalam siasatan.
|