GOOD MORNING!
Welcome to SESB online.
Today is Tuesday, September 07, 2010. Current Time:

WEBMAIL

8/09/2010
Affected Area: Ranau

2/09/2010
Affected Area: Sandakan

3/09/2010
Affected Area: Tuaran

 

Penjelasan kepada Kenyataan YB Chua Soon Bui
Posted on - 30/03/2010

Kenyataan ini adalah merujuk kepada kenyataan oleh YB Chua Soon Bui semasa di Dewan Rakyat mengenai set generator di Tawau

Kota Kinabalu - SESB mengucapkan terima kasih atas keprihatinan YB berhubung dengan masalah elektrik yang dialami oleh masyarakat Tawau pada masa ini.

Untuk mengatasi masalah bekalan elektrik di Pantai Timur khasnya Tawau, Lembaga Pengarah SESB telah meluluskan pemasangan janakuasa mudahalih di Tawau dan Sandakan berkeupayaan 40MW bagi menampung keperluan segera . Tidak ada agenda yang tersembunyi dalam membuat keputusan ini melainkan untuk mengambil pilihan terbaik demi untuk mendapatkan kapasiti janaan dalam masa yang tersingkat. Oleh kerana kekangan masa maka tawaran daripada Sime Darby Industrial Sdn Bhd (SDI) telah diterima sebagai yang terbaik untuk semua pihak.

Dalam masa dua bulan selepas keputusan dibuat untuk memasang set janakuasa tersebut, maka blok pertama berkeupayaan 10 MW telah dapat dimula tugas dan seterusnya blok terakhir pada bulan Disember 2009. Sejak set-set janakuasa ini beroperasi ia telah dapat menambahkan kapasiti janaan dalam sistem GRID Sabah dan seterusnya telah berjaya mengurangkan gangguan bekalan di seluruh Sabah .

Jika di lihat kepada pencapaian SAIDI (System Average Interuption Duration Index) bagi kawasan Tawau untuk enam bulan ( September 2009  Februari 2010) telah menunjukkan penurunan ketara sebanyak 87.34% . Di samping itu setakat ini, sejak 1 Mac 2010 telah direkodkan hanya 1 kali ( sekali ) sahaja berlaku catuan bekalan. Gangguan yang berlaku pada ketika ini adalah disebabkan oleh masalah sistem pembahagian luar jangka seperti kerosakan kabel, alat ubah terpelantik dan gangguan lain yang berlaku diluar kawalan SESB.

Sejak pemasangan set janakuasa mudahalih ini, tidak ada berlaku kerosakan kepada mesin berkenaan sepertimana yang didakwa oleh YB Chua. Apa yang berlaku adalah senggaraan biasa serta pembaikan kecil ke atas set-set janakuasa berkenaan. Di samping itu, availability mesin-mesin berkenaan pada bulan November 2009 dan Disember 2009 masing-masing telah mencapai 93.11% dan 95.34 %. -ADD-

Pemasangan janakuasa mudahalih ini merupakan langkah interim (sementara). Namun langkah-langkah jangka sederhana dan jangka panjang adalah seperti berikut :

a. Mulatugas Stesen Janakuasa IPP Ranhill Powertron II secara berperingkat-peringkat :

i. Peringkat Pertama 65 MW telah dioperasikan pada 13 Mac 2010 ii. Peringkat Kedua 65 MW pada 30 Jun 2010 iii. Keseluruhan Sistem Kitar Padu (190MW) pada 1 Oktober 2010.

b. Pembinaan Stesen Janakuasa IPP SPR 150 MW ( 2013 )

c. Pembinaan Stesen Janakuasa IPP Kimanis Power 300 MW ( 2014 )

d. Pembinaan Stesenjanakuasa Hidro Upper Padas 150 MW ( 2017 )

e. Pembinaan Stesenjanakuasa Hidro Liwagu 150 MW ( 2018 )

f. Mendapatkan bekalan daripada Projek Hidro Lawas, Sarawak (2020) yang mana merupakan pilihan yang dianggap lebih praktikal daripada Bakun.

SESB juga telah menjana bekalan elektrik daripada sumber boleh diperbaharui (Renewable Energy) seperti berikjut:-

JANAKUASA RE KAPASITI (MW) Mini Hidro kendalian SESB 8.335 Solar Hybrid kendalian SESB 0.3 Biomass IPP 30 Mini Hidro IPP 2

JUMLAH 40.635

Projek yang diluluskan 72.5

Jumlah sumber tenaga RE di Sabah 112.635

Pada masa ini, RE menyumbang sebanyak 5.4% daripada keseluruhan bekalan elektrik di Sabah dan akan terus meningkat kepada lebih 10% di masa hadapan.

 


Home | About Us | General Info | Customer Services | Newsroom
Powerline
| Billing & Payment | Shutdown Notices | Tender Notice
Safety Campaign | FAQs | External Links
Copyright © 2010 Sabah Electricity Sdn. Bhd. Powered by ISD