Enjin J/Kuasa IPP terpelantik Punca Gangguan
Posted on - 16/04/2010
Kota Kinabalu Bekalan elektrik di beberapa kawasan telah mengalami gangguan bermula pada jam 2.16 petang 15 April 2010 setelah salah satu enjin di Stesen Janakuasa Bebas (Independent Power Producer) Sepanggar Bay Power Corporation (SBPC) terpelantik (tripped) secara tiba-tiba dan insiden ini berlaku diluar dugaan. Kejadian ini telah mengakibatkan susut beban (under frequency) dan memaksa SESB melaksanakan catuan bekalan kecemasan di seluruh Sabah. Kerosakan mendadak ini juga telah mengakibatkan kapasiti janaan SESB mengalami kesusutan beban sebanyak 34MW. Antara kawasan-kawasan yang terlibat adalah sekitar Kota Kinabalu, Penampang, Tuaran, Lahad Datu, Tawau dan Sandakan. Bekalan berjaya dipulihkan secara berperingkat-peringkat bermula pada jam 2.36 petang. Pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi oleh para pelanggan di kawasan berkenaan.
|