60 warga SESB Hadiri Taklimat Kebakaran
Posted on - 20/04/2010
Kota Kinabalu Pada 20 April 2010 lebih kurang 60 orang warga kerja SESB daripada ibu pejabat Kota Kinabalu telah menghadiri taklimat bertempat di Theatrette, Wisma SESB. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Pegawai Bomba Donald S.R. Gans dan Pegawai Bomba Musran Musni daripada Balai Bomba dan Penyelamat, Jalan Sembulan. Objektif utama taklimat ini adalah untuk memberikan kesedaran kebakaran dan juga hal-hal berkaitan tugas dan peranan ahli semasa pengongsian bangunan dijalankan sekiranya berlaku kebakaran. Taklimat telah dirasmikan oleh Pengurus Besar (Perkhidmatan Korporat) SESB, Wan Maria Othman Lee merangkap Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) ibu pejabat.
|