KeTTHA Pantau Projek Bekalan Elektik Di Sabah
Posted on - 23/04/2010
Kota Kinabalu - Setiausaha Bekalan Elektrik (Tenaga) Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia (KeTTHA), Encik Badaruddin Mahyudin telah membuat lawatan pemantauan ke beberapa tapak projek bekalan elektrik di sekitar Kota Kinabalu dan Kimanis pada 23 April 2010. Antara lokasi-lokasi yang telah dilawati adalah seperti tapak Loji Janakuasa Kimanis Power Sdn Bhd, Kota Kinabalu Outer Ring, Projek 132kV Pencawang Masuk Utama (PMU) Unggun (Sepanggar), set-set generator mudah alih di Stesen Janakuasa Melawa dan juga projek Pencawang Pembahagian Utama (PPU) 33/11 kV KKIA. Turut serta dalam lawatan ini adalah Ketua Penolong Setiausaha (Bekalan Elektrik) KeTTHA, Encik Lim Liang See.
|