3 IPP Terpelantik Punca Catuan Bekalan
Posted on - 25/04/2010
Kota Kinabalu Catuan bekalan kecemasan di seluruh Sabah terpaksa dikuatkuasakan ekoran tiga (3) Stesen Janakuasa Bebas (IPP) iaitu Ranhill Powertron I, Ranhill Powetron II dan Sepanggar Bay Power Corporation (SBPC) terpelantik lebih kurang jam 6.07 petang kelmarin (24 April 2010). Kejadian ini telah menyebabkan kawasan-kawasan seperti Penampang, Tanjung Lipat, Karamunsing, Sepanggar, Tuaran, Beaufort, Sandakan dan Tawau mengalami gangguan bekalan elektrik bermula pada jam 6.11 petang. Bekalan telah berjaya dipulihkan secara berperingkat-peringkat bermula pada jam 6.46 petang pada hari yang sama.
|