Kerosakan Kabel di RP II Ketika Kerja Pembinaan
Posted on - 28/04/2010
Kota Kinabalu Stesen Janakuasa Ranhill Powertron II (RPII), Sepanggar berkeupayaan 65MW telah terpelantik (tripped) pada jam 10.36 pagi tadi (28 April 2010) akibat kerosakan kabel ketika kerja-kerja pembinaan oleh kontraktor yang sedang giat melaksanakan kerja-kerja binaan di Stesen Janakuasa berkenaan. Kejadian ini juga mengakibatkan gangguan bekalan dan frekuensi di bawah paras normal (under frequency) di beberapa kawasan seperti Penampang, Tanjung Lipat, Karamunsing, Sepanggar, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Tuaran dan Tawau. Bekalan telah berjaya dipulihkan secara berperingkat-peringkat bermula pada jam 10.46 pagi pada hari yang sama.
|