Kebakaran 'Feeder Pillar' Punca Gangguan Bekalan
Posted on - 05/05/2010
Kota Kinabalu Kebakaran pada peti agihan 415V (feeder pillar) di Taman Mawar dan Taman Sibuga telah menyebabkan gangguan pada kira-kira jam 10.55 malam kelmarin (4 Mei 2010). Bekalan kepada sebahagian kawasan (kecuali Taman Sibuga Lorong 9) telah dipulihkan secara berperingkat-peringkat bermula pada jam 11.39 malam menggunakan set janakuasa mudah alih (mobile genset) untuk mengurangkan impak gangguan bekalan tersebut kepada pengguna yang terlibat. Kerja mengganti peti agihan 415V yang terbakar telah dijalankan dengan serta merta.