GOOD MORNING!
Welcome to SESB online.
Today is Monday, September 06, 2010. Current Time:

WEBMAIL

8/09/2010
Affected Area: Ranau

2/09/2010
Affected Area: Sandakan

3/09/2010
Affected Area: Tuaran

 

SESB Laksana Projek Perintis MoFFAS
Posted on - 05/05/2010

Kota Kinabalu  SESB telah melancarkan projek perintis (pilot project) Mobile Field Force Automation System (MoFFAS) Fasa 1 dalam usaha untuk meningkatkan perkhidmatannya kepada para pelanggan.

Dengan pelaksanaan projek ini, SESB akan mengorak langkah dalam usahanya untuk meningkat dan memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada para pelanggan dengan meningkatkan kecekapan dalam penghantaran, kemaskini dan analisa data gangguan bekalan yang diuruskan oleh Pusat Pengurusan Bekalan (PPB) SESB dengan menggunakan komunikasi yang lebih pantas.

MoFFAS adalah satu sistem komunikasi yang membolehkan anggota kerja PPB menerima dan menghantar maklumat arahan kerja melalui penggunaan peralatan komunikasi mudahalih yang merupakan gabungan penggunaan GPS (Global Positioning System) dan GIS (Geographic Information System). Dengan ini, SESB akan dapat mengurangkan masa membaik pulih ( restoration time ) setiap gangguan sejajar dengan sasaran untuk mencapai 700 SAIDI ( System Average Interuption Duration Index). Projek ini dijalankan di sekitar kawasan Kota Kinabalu dan dibiayai sepenuhnya oleh pihak Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

 


Home | About Us | General Info | Customer Services | Newsroom
Powerline
| Billing & Payment | Shutdown Notices | Tender Notice
Safety Campaign | FAQs | External Links
Copyright © 2010 Sabah Electricity Sdn. Bhd. Powered by ISD