GOOD MORNING!
Welcome to SESB online.
Today is Monday, September 06, 2010. Current Time:

WEBMAIL

8/09/2010
Affected Area: Ranau

2/09/2010
Affected Area: Sandakan

3/09/2010
Affected Area: Tuaran

 

IPP Ranhill Powertron I Terpelantik Punca Gangguan
Posted on - 10/05/2010

Kota Kinabalu  Stesen Janakuasa Bebas (IPP) Ranhill Powertron I di Teluk Salut telah terpelantik dan menyebabkan catuan bekalan kecemasan di seluruh Sabah bermula pada jam 8.57 pagi tadi (10 Mei 2010). Kejadian ini telah menyebabkan kekurangan janaan sebanyak 106MW dan kawasan-kawasan seperti Keningau, Tenom, Beaufort, Papar, Kudat, Tawau, Sandakan, Lahad Datu, Kinabatangan dan kawasan sekitar Kota Kinabalu seperti Karamunsing, Tanjung Lipat dan UMS mengalami gangguan bekalan elektrik. Bekalan telah berjaya dipulihkan secara berperingkat-peringkat bermula pada jam 10.03 pagi pada hari yang sama. Walaubagaimanapun, punca kejadian masih disiasat.

Dalam kejadian yang berasingan, seekor ular sawa telah tersentuh talian 66kV Inanam  Melawa di Pencawang Masuk Utama (PMU) Sepanggar dan mengakibatkan seluruh kawasan Tuaran dan Sepanggar mengalami gangguan bekalan bermula pada jam 10.15 malam kelmarin (9 Mei 2010). Bekalan telah berjaya dipulihkan secara berperingkat-peringkat bermula pada jam 10.38 malam pada hari yang sama.

 


Home | About Us | General Info | Customer Services | Newsroom
Powerline
| Billing & Payment | Shutdown Notices | Tender Notice
Safety Campaign | FAQs | External Links
Copyright © 2010 Sabah Electricity Sdn. Bhd. Powered by ISD