GOOD MORNING!
Welcome to SESB online.
Today is Tuesday, September 07, 2010. Current Time:

WEBMAIL

8/09/2010
Affected Area: Ranau

2/09/2010
Affected Area: Sandakan

3/09/2010
Affected Area: Tuaran

 

SESB Banteras Penyelewengan Minyak Di S/Janakuasa
Posted on - 12/05/2010

Kota Kinabalu - Untuk makluman, Jabatan Keselamatan dan Risikan SESB dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) telah berjaya membuat serbuan dan tangkapan kepada aktiviti penyelewengan minyak dari stesen janakuasa SESB di Lahad Datu pada 8hb Mei 2010 yang lalu. Penyelewangan minyak diesel melibatkan anggota kerja dan orang awam.

Pada hari tersebut, dua buah lori yang menghantar minyak ke Stesen Janakuasa telah ditahan dan didapati, lori pertama yang membawa muatan minyak sebanyak 20,000 litre yang sepatutnya dipunggah sepenuhnya telah membawa keluar lori dengan baki minyak sebanyak 11,693 litre, dan lori kedua yang membawa muatan 10,000 litre telah tidak memunggah minyak sebanyak 2,000 litre (10 drum muatan 200 litre setiap satu drum).

Hasil daripada serbuan pada 08 Mei 2010 seramai 6 orang telah ditangkap, 2 Pengendali Pump, 3 anggota Polis Bantuan daripada SESB dan seorang Pemandu lori daripada Syarikat berkenaan. Kesemua mereka akan diambil tindakan oleh pihak berkuasa berkenaan dibawah undang-undang yang berkaitan. Kakitangan SESB yang terlibat akan digantung kerja dengan serta merta sehingga siasatan selesai dijalankan. Aktiviti penyelewangan minyak ini memberi kesan kerugian kewangan yang amat besar kepada SESB.

Maka sejurus mendapat maklumat mengenai kemungkinan berlaku penyelewangan ini, Pengurusan SESB telah memberi perhatian serius dan membuat perancangan pembanterasan bersama dengan SPRM dan KPDN. SESB mengucapkan setinggi penghargaan kepada pihak SPRM dan KPDN yang telah membuat perancangan operasi yang begitu jitu sehingga mencapai matlamat operasi. Aktiviti siasatan dan pembanterasan penyelewengan ini akan diteruskan untuk mempastikan TIDAK AKAN ADA PENYELEWENGAN dalam pengurusan operasi SESB.

 


Home | About Us | General Info | Customer Services | Newsroom
Powerline
| Billing & Payment | Shutdown Notices | Tender Notice
Safety Campaign | FAQs | External Links
Copyright © 2010 Sabah Electricity Sdn. Bhd. Powered by ISD