GOOD MORNING!
Welcome to SESB online.
Today is Tuesday, September 07, 2010. Current Time:

WEBMAIL

8/09/2010
Affected Area: Ranau

2/09/2010
Affected Area: Sandakan

3/09/2010
Affected Area: Tuaran

 

Insentif DSM Diluluskan
Posted on - 16/06/2010

Maklumbalas terhadap laporan akhbar Losing Millions Due To SESB  STIA pada 5 Jun 2010

Kota Kinabalu  Sejak bulan April 2009 beberapa syarikat besar telah memberikan kerjasama kepada SESB dengan melaksanakan Demand Side Management (DSM) menggunakan jenterakuasa mereka masing-masing supaya tenaga yang ada dapat diagihkan kepada pelanggan-pelanggan yang tidak mempunyai jenterakuasa tunggusedia. Dengan kerjasama yang diberikan ini maka catuan / lucutan beban yang dilaksanakan tidak terlalu meluas dan ini telah dapat mengurangkan bilangan pengguna elektrik yang terlibat dengan catuan / lucutan beban. Menyedari hakikat ini, SESB dan Kerajaan sangat prihatin terhadap pengorbanan dan sumbangan yang telah diberikan oleh syarikat-syarikat berkenaan yang telah membantu mengurangkan kesan catuan / lucutan beban terhadap rakyat Sabah secara keseluruhannya. Ekoran daripada perbincangan dengan mereka maka Pengurusan SESB dengan persetujuan daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia (KeTTHA) telah meluluskan insentif DSM dengan kadar 50% daripada perbezaan kos bahan api dan purata harga jualan SESB mengikut tarif yang telah ditetapkan. Mekanisma tuntutan pembayaran akan dimaklumkan kepada syarikat-syarikat terlibat secara berasingan. SESB berharap semoga kerjasama yang telah terjalin akan berterusan dalam membantu SESB menangani masalah kekurangan sementara jangka pendek kapasiti penjanaan dan seterusnya mengurangkan impak catuan / lucutan beban.

 


Home | About Us | General Info | Customer Services | Newsroom
Powerline
| Billing & Payment | Shutdown Notices | Tender Notice
Safety Campaign | FAQs | External Links
Copyright © 2010 Sabah Electricity Sdn. Bhd. Powered by ISD