2 Kabel Bawah Tanah Rosak Punca Gangguan Sepanggar
Posted on - 21/06/2010
Kota Kinabalu Kerosakan kabel bawah tanah (underground cable fault) dari Substation (S / S) / Pencawang Elektrik Rimbunan Hijau ke S / S Kingfisher Sulaman dan dari S / S Unggun ke S / S PPRT telah mengakibatkan lebih 600 pengguna di sekitar Kota Kinabalu tiada bekalan bermula pada jam 6.40 petang kelmarin (20 Jun 2010). Antara kawasan-kawasan yang terlibat adalah sekitar Taman Indah Permai, Putrajaya, Bukit Sepanggar, Telipok, Jalan Tebobon dan Menggatal. Bekalan telah berjaya dipulihkan secara berperingkat-peringkat bermula pada jam 11.19 malam pada hari yang sama.
|