32 Warga Kerja SESB Derma Darah
Posted on - 23/06/2010
Kota Kinabalu Bersempena dengan Minggu Keselamatan (Safety Week) Bahagian Penghantaran (Transmission) SESB, satu kempen derma darah dengan kerjasama Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu telah diadakan pada 22 Jun 2010 bertempat di Wisma SESB. Program ini dianjurkan bersama dengan QEH tiga (3) bulan sekali dan kali ketiga (3) diadakan pada tahun ini. Melalui program ini juga seramai 32 orang warga kerja SESB telah menyumbangkan darah mereka bagi membantu menambahkan tabung darah hospital yang semakin kritikal. Selain itu, kempen ini juga merupakan salah satu inisiatif tanggungjawab sosial (CSR) SESB kepada masyarakat. Selain itu, taklimat mengenai kesihatan tentang pendermaan darah dan juga ceramah kesihatan mengenai Talasemia dan Anaemia juga diberikan kepada warga kerja SESB.
|