Penjelasan Kepada Talian SESB 15454
Posted on - 28/06/2010
Kota Kinabalu Untuk makluman, semua panggilan ke Call Management Centre (CMC) SESB akan dijawab mengikut giliran pada satu-satu masa manakala panggilan seterusnya akan menunggu giliran untuk disambungkan.
Walaubagaimanapun, kerosakan atau catuan bekalan yang melibatkan pengguna yang ramai akan menyebabkan banyak aduan pengguna yang akan diterima oleh pihak CMC dan ini turut menyumbang kepada kesesakan sistem dan menyukarkan pengadu untuk menghubungi talian CMC.
Oleh yang demikian, SESB menasihatkan para pelanggan untuk menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) dengan tiga (3) cara alternatif untuk membuat aduan dengan menaip :-
1. Pertanyaan Laporan Terkini Bagi Bandar/ Kawasan Taip SESBFNama Kawasan) dan hantar ke 33154
2. Pertanyaan Penutupan Berjadual Bagi Bandar/ Kawasan Taip SESBPNama Kawasan dan hantar ke 33154
3. Laporan Gangguan Bagi Bandar/ Kawasan Taip SESBRNama Kawasan dan hantar ke 33154
Untuk keterangan dan panduan lanjut sila layari www.sesb.com.my.
|