Taklimat Bersama Pemimpin Komuniti Di Kota Marudu
Posted on - 29/06/2010
Kota Kinabalu - Satu taklimat bersama pemimpin komuniti anjuran SESB dengan kerjasama Pejabat Daerah Kota Marudu telahpun diadakan baru-baru ini bertempat di Dewan Komuniti, Kota Marudu dan telah dirasmikan oleh ADUN N.05 Tandek YB Anita Baranting mewakili Ahli Parlimen P.168 Kota Marudu YB Datuk Seri Dr. Maximus J. Ongkili.
Lebih kurang 200 orang yang terdiri daripada pemimpin politik dan masyarakat telah hadir ke taklimat tersebut. Selain itu, majlis ini juga bertujuan untuk mendekatkan SESB dengan masyarakat sekitar supaya penerangan mengenai status bekalan elektrik di negeri Sabah dapat diberikan..
Menerusi program ini juga, SESB berpeluang mendengar masalah-masalah bekalan elektrik yang dihadapi oleh para pelanggan di daerah tersebut. Turut hadir ke taklimat tersebut adalah Pengurus Besar (Pembahagian) SESB, Ir Ahmad Fuad b Md Kasim turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Anita Baranting dan Pegawai Daerah Kota Marudu di atas sokongan mereka kepada SESB sebagai utiliti peneraju pembekalan elektrik di Negeri Sabah.
SESB juga akan sentiasa komited dan prihatin dalam memberikan bekalan elektrik secara berterusan di daerah itu.
Pada majlis itu juga satu taklimat mengenai Loji Janakuasa Arang Batu telah disampaikan oleh wakil daripada Lahad Datu Energy En Ahmad Faraid Yahaya.
|