GOOD MORNING!
Welcome to SESB online.
Today is Monday, September 06, 2010. Current Time:

WEBMAIL

2/09/2010
Affected Area: Sandakan

3/09/2010
Affected Area: Tuaran

2/09/2010
Affected Area: Tuaran

 

Penjelasan Kepada Kenyataan YB Datuk Lajim Hj Ukin
Posted on - 13/07/2010

Kenyataan ini adalah merujuk kepada kenyataan akhbar oleh Ybhg. Datuk Lajim Hj Ukin pada 12 Julai 2010.

Kota Kinabalu  SESB menerima baik teguran daripada Timbalan Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan, Ybhg. Datuk Lajim Haji Ukin mengenai permasalahan bekalan letrik di sekitar kawasan Daerah Kecil Menumbuk. Untuk makluman, pihak SESB telah dan sedang giat melaksana projek penambahbaikan di seluruh kawasan Sabah. Bagi kawasan Menumbuk tindakan dalam perlaksanaan adalah seperti berikut:

Menubuhkan Pencawang Penurun (Step Down Transformer) di kawasan Menumbok bagi mengatasi masalah susut voltan (voltage drop) dan bagi menampung pembangunan di kawasan tersebut. Jangka siap projek : Jun 2012

Antara pelan tindakan lain yang telah dan sedang dilaksanakan adalah seperti berikut :

A. Tindakan Pembetulan

a. Mengurangkan masa penyuisan (switching time) bagi mempercepatkan tempoh pemulihan bekalan semasa gangguan akibat kerosakan.

b. Membaiki kerosakan dengan kadar segera serta memasang Janakuasa Mudahalih jika anggaran tempoh pembaikan dijangka berpanjangan.

B. Tindakan Pencegahan

B1. Meningkatkan program penyelenggaran berkala bagi mengurangkan gangguan akibat kerosakan peralatan sediada. a. Melantik kontraktor khas untuk melaksanakan kerja-kerja rentis bagi menangani gangguan akibat masalah pokok.

b. Melaksanakan Condition Base Maintenance untuk bagi mengurangkan tempoh hentitugas dan mengelakkan kerosakan peralatan.

c. Menambahbaik sistem perlindungan dan kawalan pemantauan seperti kemudahan SCADA, Lightning Arrestor, Auto Recloser dan peralatan yang menggunakan teknologi terkini.

B2. Projek Pengukuhan sistem

a. Pemasangan 2 (dua) buah Auto-Recloser 11kV di kawasan Pekan & Kg Parak bagi tujuan mengurangkan tempoh masa pemulihan bekalan yang mungkin berpunca daripada gangguan pokok dan haiwan. Telah Siap : Apr 2010

b. Merentang Talian Ke-2 33kV Dari (Pencawang Masuk Utama) PMU Beaufort ke (Pencawang Pembahagian Utama) PPU Kuala Penyu bagi tujuan memastikan bekalan dapat dipulihkan dalam masa yang singkat sekiranya berlaku kerosakan pada talian 33kV sedia ada. Jangka siap projek : Awal 2011

c. Pemasangan Auto-Recloser 33kV di kawasan Kg Kukut bagi tujuan mengurangkan tempoh masa pemulihan bekalan yang mungkin berpunca daripada gangguan pokok dan haiwan. Jangka siap projek : Pertengahan 2011

d. Memindahkan talian 33kV yang kritikal di Kg. Pilajau-Malabau bagi mengurangkan risiko kerosakan di kawasan tersebut. Jangka siap projek : Awal 2011

e. Menaik taraf PPU Kuala Penyu bagi memberi sistem bekalan yang lebih teratur dan stabil. Jangka siap projek : 2012

Pihak SESB akan terus berusaha meningkatkan mutu perkhidmatannya dan berharap masyarakat tempatan akan dapat merasai perubahan kualiti perkhidmatan setelah projek projek tersebut selesai dilaksana sepenuhnya.

Peruntukan bagi kesemua projek ini adalah sebanyak RM 23,250,000.00

-END-

 


Home | About Us | General Info | Customer Services | Newsroom
Powerline
| Billing & Payment | Shutdown Notices | Tender Notice
Safety Campaign | FAQs | External Links
Copyright © 2010 Sabah Electricity Sdn. Bhd. Powered by ISD