Hari Terbuka Dan Hari Vendor SESB 2010
Posted on - 14/07/2010
Kota Kinabalu - SESB akan menganjurkan Hari Terbuka dan Hari Vendor bermula pada 15 hingga 17 Julai 2010 bertempat di Wisma SESB, Kota Kinabalu. Majlis ini juga akan disempurnakan oleh YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan.
Program ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelanggan dan orang awam melihat pembangunan prasarana elektrik di negeri Sabah serta produk dan perkhidmatan yang diberikan oleh SESB. Program yang julung kalinya diadakan secara besar-besaran ini akan lebih mendekatkan SESB kepada masyarakat dan para pelanggannya supaya dapat menangani persepsi mereka terhadap SESB. Orang awam juga berpeluang untuk bertemu anggota kerja SESB untuk mendapatkan maklumbalas mengenai kemusykilan mereka.
Sebagai pengisian program ini, SESB juga akan menganjurkan program Seminar Hari Vendor, Taklimat Kecekapan Tenaga dan Keselamatan Elektrik dan juga Taklimat Projek Janakuasa Arang Batu.
Oleh itu, orang ramai adalah dijemput datang beramai-ramai untuk menyaksikan pameran pembangunan bekalan elektrik di Sabah oleh SESB dan pameran oleh para vendor.
|