GOOD MORNING!
Welcome to SESB online.
Today is Saturday, July 31, 2010. Current Time:


You are visitor No.
926710
Since 25th July 2007


SESB Special Letter for Customer
How to use SMS...
Facilities for Rent
For SESB Staff Only
Clean Coal Technology
 


For more information, please do not hesitate to contact us:

SABAH ELECTRICITY SDN. BHD.
Wisma SESB, Jalan Tunku Abdul Rahman, 88673 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel: 282500
Fax: 088-282314
E-mail: webmaster@sesb.com.my


 

Keselamatan Elektrik Adalah Tanggungjawab Bersama

Dalam era kehidupan masa kini, tenaga elektrik merupakan keperluan asasi untuk menikmati nilai hidup yang lebih selesa dan berdaya maju seiring dengan peredaran masa serta perubahan alam sekitar.

Namun begitu, kita harus sedar bahawa elektrik amat berbahaya dan boleh membawa maut sekiranya disalahguna.

Berikut adalah antara contoh-contoh keadaan yang terdedah kepada bahaya elektrik:-

  1. Pepasangan dilakukan oleh orang yang tidak kompeten.
  2. Mengganggu pergerakan jangka.
  3. Membuat penyambungan dari rumah ke rumah.
  4. Melakukan penyambungan terus ke pepasangan SESB.
  5. Pepasangan dalam premis tidak diuji secara berkala.
  6. Menyambung beban tambahan tanpa kebenaran.
  7. Radas dan pendawaian yang tidak selamat ataupun tidak terlindung.
  8. Sistem pembumian (earthing) tidak diperiksa.
  9. Melakukan penyambungan tanpa jangka (tidak berdaftar).
  10. Menggunakan bahan atau pepasangan yang bermutu rendah ataupun tidak berkualiti.

Tuan/Puan bolehlah merujuk peraturan bekalan elektrik serta kesalahan dan penalti di dalam undang-undang yang telah diperuntukkan dalam Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447) Bahagian IX Seksyen 37 seperti berikut:-

Kesalahan Peruntukan Seksyen 37 Akta JBE Denda
Mengganggu atau cuai sehingga menyebabkan kemalangan, kecederaan, kerosakan 2 RM50,000 dan 3 tahun penjara
Curang menggunakan tenaga, mengganggu/menghalang pergerakan jangka 3 RM100,000 dan 3 tahun penjara
Membekal, mengerjakan, mengendalikan pepasangan tanpa berlesen 5 RM100,000 dan RM1,000 setiap hari
Gagal/abai untuk mendaftar apa-apa pepasangan di bawah seksyen 21 8 RM25,000 dan RM1,000 setiap hari
Memadamkan/merosakkan lampu awam atau apa-apa tiang, pendakap atau kaedah lain bagi menumpangkan 9 RM5,000 dan 1 tahun penjara
Sengaja/cuai melencongkan dari aliran perjalanannya, memecahkan, atau merosakkan apa-apa pepasangan 11 RM50,000 dan 3 tahun penjara
Mengusahakan apa-apa kerja berhampiran dengan pepasangan yang boleh mengganggu atau menyebabkan bahaya kepada orang atau harta 12 RM5,000 dan 2 tahun penjara
Memasang apa-apa pendawaian atau penyambungan elektrik pada mana-mana premis 13 RM10,000 dan 2 tahun penjara
Merosakkan mana-mana meter bagi merekodkan keluaran atau penggunahabisan tenaga 14 RM50,000 dan 2 tahun penjara
Bersalah atas suatu kesalahan terhadap Akta ini 15 RM5,000 dan RM500 setiap hari

Home | About Us | General Info | Customer Services | Newsroom
Powerline
| Billing & Payment | Shutdown Notices | Tender Notice
Safety Campaign | FAQs | External Links
Copyright © 2010 Sabah Electricity Sdn. Bhd. Powered by ISD