1,625 Pelajar Sertai Program Kecekapan Tenaga 2017

1,625 orang pelajar telah menyertai Program Kecekapan Tenaga anjuran Sabah Electricity Sdn. Bhd. di sekolah-sekolah yang terpilih seluruh negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Program yang diadakan ini merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) SESB kepada para pelajar dengan mengadakan aktiviti kecekapan tenaga kepada para peserta. Antara objektif yang ingin dicapai melalui program ini adalah seperti berikut :-

 

  • Menerapkan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang selari dengan kaedah (P&P) di alaf 21 bagi memperkasa pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui aktiviti Kecekapan dan Tenaga Lestari yang akan dilaksanakan menjurus kepada pemikiran secara kritis dan kreatif  selaras dengan seruan kerajaan dalam mentransformasikan Sistem Pendidikan Negara;
  • Memupuk kesedaran dalam kalangan pelajar bahawa sumber penjanaan tenaga harus digunakan secara berhemah dan bertanggungjawab untuk memastikan aliran  sumber yang lestari;
  • Membentuk minda dan keperibadian pengguna masa hadapan yang bertanggungjawab dan peka terhadap tatacara pengurangan kos dan pengelakan pembaziran melalui penggunaan barangan elektrik cekap tenaga dan budaya penggunaan bertanggugjawab.

Sekolah yang terlibat pula adalah seperti yang berikut :-

  • SMK Tebobon, Inanam - 13 April 2017
  • SMK Tansau, Penampang - 20 April 2017
  • SMK Majakir, Papar - 26 April 2017
  • SMK Badin, Tuaran - 15 Julai 2017
  • SM St Dominic, Lahad Datu -19 Julai 2017
  • SMK Balung, Tawau - 20 Julai 2017
  • SMK Sikuati, Kudat - 2 Ogos 2017
  • SMK Kota Marudu - 3 Ogos 2017
  • SMK Menumbok, Kuala Penyu - 16 Ogos 2017
  • SMK Kota Klias, Beaufort - 17 Ogos 2017
  • SMK Narinang, Kota Belud - 6 September 2017
  • SMK Lohan, Ranau - 7 September 2017
  • SMK Gum-Gum, Sandakan - 13 September 2017
  • SMK Tinusa, Sandakan - 14 September 2017
  • SMK Pantai, W.P Labuan -19 September 2017
  • SMK Rancha-Rancha, W.P Labuan - 20 September 2017

Majoriti pelajar yang menyertai program ini menyatakan program ini sangat bermanfaat kerana ilmu yang diterima oleh mereka bukan sahaja secara teori, tetapi juga secara praktikal melalui latihan dalam kumpulan yang telah diterima oleh mereka. Para guru juga merasakan program yang dijalankan ini sangat berfaedah kepada pelajar terutamanya sebagai golongan generasi masa hadapan yang bakal menjadi pengguna elektrik di Sabah.


Peserta Program Kecekapan Tenaga SMK Tebobon

Peserta daripada SM St Dominic, Lahad Datu sedang mendengar ceramah mengenai amalan cekap tenaga

Aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) sedang dijalankan di SMK Kota Klias, Beaufort


Encik Amir Mahat, Pengurus Kanan (Stakeholder Engagement) menerima cenderakenangan daripada SMK Rancha-Rancha, W.P Labuan yang telah disampaikan sendiri oleh Pengarah Pendidikan W.P Labuan, YBrs. Encik Raisin Saidin.