Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.

200 murid terima bantuan program Back To School Kota Belud

Program Back To School TNB telah diadakan di Kota Belud dan memanfaatkan 200 orang murid berusia 7 - 12 tahun yang terpilih daripada 54 buah sekolah di daerah ini. Program yang diadakan buat tahun keenam berturut-turut ini merupakan agenda besar TNB dalam bidang pendidikan khususnya bagi golongan kurang berkemampuan.

Program ini mensasarkan murid-murid berusia 7-12 tahun daripada keluarga yang kurang berkemampuan dirasmikan oleh YB Puan Isnaraissah Munirah Bt Majilis, Tim. Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim Dan Alam Sekitar Merangkap Ahli Parlimen P.169 Kota Belud. Antara barangan sekolah yang diberikan adalah pakaian seragam sekolah, beg, kasut dan juga alat tulis. YB dalam ucapannya menyatakan bahawa bantuan yang diberikan ini sedikit sebanyak pastinya akan membantu meringankan perbelanjaan isi rumah dan seramai 200 orang murid telah mendapat manfaat melalui program ini dengan nilai bantuan sebanyak RM200 seorang dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM200,000.

Program yang mula diperkenalkan pada tahun 2013 telah memanfaatkan lebih 25,000 murid seluruh negara yang merupakan satu daripada pelbagai inisiatif Tanggungjawab Koporat (CR) TNB dalam bidang pendidikan sejak sekian lama. Program ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Omar Sidek, Pengurus Besar (Hal Ehwal Korporat) TNB, Ir. Mohd Yaakob Hj. Jaafar, Pengurus Besar Kanan (Pembangunan Aset) SESB serta Ketua-ketua agensi kerajaan serta pegawai-pegawai kanan SESB.