Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.

Laluan ke Aki Nabalu kini diterangi oleh TNB/SESB

Satu lagi inisiatif murni TNB dengan kerjasama SESB berjaya dilaksanakan melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pencahayaan di sepanjang laluan pendakian ke Puncak Gunung Kinabalu melalui pemasangan lampu solar LED. Sebanyak 18 set solar telah dipasang di sepanjang laluan pendakian dari Kiau View Gap sehingga Sayat – Sayat Checkpoint. Menurut Ir. Norhizami Abu Hasan, Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) yang mewakili Pmk. Pengarah Urusan, inisiatif ini juga sebenarnya merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan teknologi mesra alam yang juga diharapkan mampu meningkatkan industri pelancongan di negeri Sabah.  

YB Datuk Christina Liew, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) menyatakan bahawa dengan adalah pemasangan lampu solar LED, pastinya keselamatan pendaki yang membuat pendakian ke Gunung Kinabalu akan lebih terjamin. Menurut beliau melalui teks ucapannya yang dibacakan oleh YBhg. Datuk William Baya, Setiausaha Tetap KePKAS ketika Majlis Perasmian Projek Solar Pencahayaan Gunung Kinabalu baru-baru ini amat berbangga dan menggalakkan pendaki untuk menakluk Aki Nabalu kerana langkah ke puncak telah pun diterangi dengan usaha TNB/SESB melalui pemasangan 18 set solar panel di 18 perhentian yang bermula dari Kiau View sehingga ketinggian mencecah 3,800 meter.

Gunung Kinabalu pada ketinggian 4,095 meter dianggap sebagai para pendaki sebagai salah satu laluan pendakian yang paling sukar namun tetap menjadi pilihan para pendaki di seluruh dunia kerana keindahan alam semula jadinya yang begitu mempesonakan dan indah, yang turut menjadi kebangaan seluruh rakyat negeri di bawah bayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya. Turut hadir dalam Majlis Perasmian ini adalah Tuan Mohd Amin Abdul Mem, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah, Puan Hajah Diyana Abdullah, Pegawai Daerah Kota Belud serta barisan Pengurusan SESB.

Majlis Perasmian Projek Solar Pencahayaan Gunung Kinabalu di Taman Kinabalu, Kundasang